Sorting by

×

KETUA MENTERI SANTUNI CALON UPKK DAN SPM DUN TANJUNG BIDARA

Masa Membaca:1 Minit, 2 Saat

TANJUNG BIDARA 15 November – Seramai 464 calon Ujian Penilaian Kelas Kafa (UPKK) dan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) disantuni Ketua Menteri, Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh pada Majlis Perasmian Penutup Program Motivasi Pecutan Akhir Pelajar SPM) Dan  UPKK Dewan Undangan Negeri (DUN) Tanjung Bidara 2024 di Villa D’Acqua, Masjid Tanah, hari ini.

Ketua Menteri berkata, program tersebut bertujuan untuk memberikan suntikan semangat dan sentuhan motivasi kepada anak-anak sekitar Dewan Undangan Negeri (DUN) Tanjung Bidara yang bakal menduduki peperiksaan penting tidak lama lagi.

Ab Rauf yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Tanjung Bidara berkata, Kerajaan Negeri komited memastikan pelbagai pelaksanaan program dan dasar pembangunan termasuk bidang pendidikan terus diperkasa.

“Program motivasi buat pelajar SPM dan UPKK ini bertujuan memperhebat keupayaan akademik anak-anak selain meningkatkan kefahaman dan kemahiran sebagai persediaan menghadapi peperiksaan,” katanya ketika berucap pada majlis tersebut.

Hadir sama, Ahli Dewan Negara, Senator Datuk Mustafa Musa dan Pengurus Besar Tabung Amanah Pendidikan Negeri Melaka (TAPEM) Abdul Aziz Baba.

Pada majlis sama, Ab Rauf turut menyampaikan sumbangan sebanyak RM4,000 kepada tujuh penerima bantuan ‘one off care IPT’ menerusi TAPEM dan alat tulis kepada semua anak-anak yang bakal menduduki peperiksaan SPM serta UPKK.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

55
Kongsi :
Previous post REMAJA PEREMPUAN HILANG SABTU LEPAS DITEMUKAN SELAMAT
Next post DOA IBU BAPA, GURU PELENGKAP IKHTIAR GAPAI KECEMERLANGAN – KM
Ubah saiz-+=