
KETUA MENTERI RASMI STUDIO MELAKA HARI INI
AYER KEROH 25 Mac – Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh, hari ini, merasmikan Studio Fotografi Melaka Hari Ini Sdn Bhd di Kompleks CMI, di sini.
Kunjungan beliau kira-kira jam 5.45 petang tadi, disambut Ketua Pegawai Eksekutif Melaka Hari Ini Sdn Bhd Nasharuddin Muhamad.
Turut bersama, Pengurus Besar Perbadanan Ketua Menteri Melaka (CMI) Datuk Ahmad Azlan Ahmad Salleh; Ketua Komunikasi dan Media Ketua Menteri Melaka Dato’ Dr. Zuraidi Ishak; Setiausaha Akhbar kepada Ketua Menteri Ezlyn Fardiha Zainal serta lain-lain kenamaan.
Dalam kunjungannya, Ab Rauf turut berkesempatan merakamkan ucapan Hari Raya Aidilfitri selain bergambar di studio baharu Melaka Hari Ini.

Beliau turut meluangkan masa melawat ke pejabat operasi Melaka Hari Ini Sdn Bhd.
Ketua Menteri turut menyatakan rasa berpuas hati terhadap perkhidmatan ditawarkan Melaka Hari Ini yang merupakan media rasmi Kerajaan Negeri Melaka.
Pada masa sama, beliau turut memberikan beberapa pandangan dan cadangan dalam menambah baik operasi anak syarikat Kerajaan Negeri di bawah CMI itu.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.