Sorting by

×

KETUA MENTERI RAIKAN LEBIH 4,000 PEKERJA PEMBERSIHAN

Masa Membaca:1 Minit, 23 Saat

AYER KEROH 8 Disember – Lebih 4,000 pekerja pembersihan dalam Negeri Melaka diraikan pada Majlis Apresiasi Pekerja Pembersihan Negeri Melaka 2024 yang diadakan di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC) malam tadi.

Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh berkata, kesemua pekerja pembersihan daripada pelbagai agensi itu diraikan atas kecemerlangan dan komitmen mereka dalam memastikan kebersihan dan kelestarian alam sekitar di Melaka terus terjaga serta terpelihara.

Ab Rauf, mengucapkan penghargaan dan ribuan terima kasih kepada semua pekerja pembersihan seluruh Negeri Melaka yang diraikan.

“Teruskanlah mencurah khidmat bakti dengan meletakkan kebersihan sebagai keutamaan lebih-lebih lagi pada tahun hadapan kita (Melaka) bakal menerima kehadiran pelancong dari
serata dunia sempena penganjuran Hari Pelancongan Sedunia 2025 (WTD2025).

“Pekerja pembersihan berperanan penting kepada pembangunan sesebuah negara khusus dalam menjaga kebersihan dan keindahan persekitaran.

“Buktinya, pekerja pembersihan telah menjadi penyumbang kepada pengiktirafan Bandaraya Melaka sebagai bandar terbersih di Asia Tenggara selepas menerusi anugerah ‘Clean Tourist City Standard’ (ACTC) pada Januari lalu,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Apresiasi Pekerja Pembersihan Negeri Melaka 2024 di MITC, malam tadi.

Hadir sama, Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato’ Azhar Arshad; Exco Kanan Perumahan, Kerajaan Tempatan, Saliran, Perubahan Iklim dan Pengurusan Bencana negeri, Datuk Rais Yasin dan Exco Pelancongan, Warisan, Seni dan Budaya negeri, Datuk Wira Abdul Razak Abdul Rahman.

Turut hadir, Exco Sains, Teknologi, Inovasi dan Komunikasi Digital negeri, Datuk Fairul Nizam Roslan; Exco Pendidikan, Pengajian Tinggi dan Hal Ehwal Agama negeri, Datuk Rahmad Mariman; Exco, Timbalan Exco, Ketua Jabatan serta agensi.

Selain diraikan, pekerja pembersihan yang hadir berpeluang memenangi hadiah cabutan bertuah menawarkan hadiah utama sebuah kereta, tiga buah motosikal selain 1,800 barangan elektrik.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1997
Kongsi :
Previous post KUALA LUMPUR MUSNAH IMPIAN PERAK PERTAHAN JUARA PIALA TUN ALI
Next post MAJLIS APRESIASI PEKERJA PEMBERSIHAN 2024 JADI PLATFORM SUNTIK MOTIVASI
Ubah saiz-+=