KETUA MENTERI RAI PENGUNJUNG PESTA PANTAI TANJUNG BIDARA 2024

Masa Membaca:1 Minit, 1 Saat

TANJUNG BIDARA 14 September – Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh meluangkan masa meninjau kemeriahan suasana Pesta Pantai Tanjung Bidara 2024 yang berlangsung selama tiga hari bermula esok.

Ab Rauf yang tiba kira-kira jam 4 petang tadi mengambil peluang untuk bersama orang ramai hampir dua jam, selain turut meninjau beberapa program yang sedang berlangsung.

Kehadiran beliau disambut urusetia program serta petugas dari Jawatankuasa Pembangunan dan Penyelarasan Dewan Undangan Negeri (JAPERUN) Tanjung Bidara.

Dalam lawatan itu, Ab Rauf yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Tanjung Bidara sempat menyantuni dan beramah mesra bersama pengunjung yang hadir.

Baik pengunjung dewasa mahupun kanak-kanak kesemuanya tidak melepaskan peluang untuk bergambar bersama Ketua Menteri Melaka Ke-13 itu.

Ketua Menteri juga tidak lupa akan barisan pempamer dan peniaga yang turut sama menjayakan pesta berkenaan.

Selain bertanya khabar, beliau juga menyatakan sokongan dengan merasai sendiri beberapa tarikan yang disediakan oleh pempamer dan peniaga.

Untuk rekod, Pesta Pantai Tanjung Bidara 2024 berlangsung selama tiga hari bermula semalam dan berakhir esok.

Pelbagai pengisian diadakan sepanjang penganjuran tersebut, antaranya Tanjung Bidara Berselawat, Ceramah Maulidur Rasul, acara sukan, gerai jualan, konsert menampilkan artis popular, pameran aset, selain pelbagai hadiah menarik boleh dimenangi.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

123
Kongsi :
Previous post BUSANA REKAAN ANAK BAWA TUAH BUAT SURI RUMAH
Next post TERUJA DAPAT NAIK ‘KERETA KEBAL’
Ubah saiz-+=