
Ketua Menteri P.Pinang jalani kuarantin kendiri
GEORGE TOWN, 24 Jan – Ketua Menteri Pulau Pinang Chow Kon Yeow kini sedang menjalani kuarantin kerana menjadi kontak rapat kepada kes positif COVID-19 ketika menghadiri satu majlis pada Sabtu.
Menurut kenyataan Pejabat Ketua Menteri Pulau Pinang, Chow perlu menjalani tempoh kuarantin kendiri selama lima hari bermula semalam seperti yang diarahkan oleh Jabatan Kesihatan Negeri Pulau Pinang (JKNPP).
“JKNPP turut mengarahkan beliau(Chow) menjalani ujian Reverse Transcription Polymerase Chain Reaction (RT-PCR) pada hari ketiga iaitu esok dan ini termasuk beberapa individu berkaitan yang turut dikenal pasti sebagai kontak rapat,” menurut kenyataan itu.
Dalam pada itu, JKNPP juga giat menjalankan pengesanan kontak bagi mengelak penularan jangkitan dan mereka yang berkaitan akan dihubungi pihak JKNPP dari semasa ke semasa bagi tindakan lanjut.- BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related

Berita Lain
RM400,000 CERIAKAN AIDILFITRI GOLONGAN KURANG BERKEMAMPUAN
LENDU 14 Mac - Sejumlah RM400,000 diperuntukkan Kerajaan Negeri bertujuan menceriakan sambutan Aidilfitri seramai 2,000 orang penerima dalam kalangan golongan...
TAPAK PENJAJA PINGGIRAN SUNGAI MITC BAKAL BERWAJAH BAHARU
AYER KEROH 14 Mac - Tapak penjaja Pinggiran Sungai MITC bakal dinaik taraf bagi memberikan lebih keselesaan dan kemudahan penjaja...
POLIS PENGIRING CEDERA KEMALANGAN KETIKA BERTUGAS
ALOR GAJAH, 14 Mac - Seorang anggota polis trafik cedera selepas terbabit dalam kemalangan semasa mengiringi kenderaan Yang di-Pertua Negeri...
RM20 JUTA ATASI HAKISAN PANTAI PUTERI, DIJANGKA SIAP 2027
PAYA RUMPUT 14 Mac - Masalah hakisan yang membelenggu Pantai Puteri bakal berakhir apabila projek tambakan pantai peranginan itu bermula...
RINGANKAN BEBAN RAKYAT SEMPENA RAMADAN
PAYA RUMPUT 13 Mac - Seramai 120 warga Parlimen Tangga Batu kurang bernasib baik menerima sumbangan sempena Ramadan tahun ini....
KETUA MENTERI ‘TERJAH’ BAZAR RAMADAN TAMAN RAMBAI JAYA
PAYA RUMPUT 13 Mac - Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh, hari ini, membuat lawatan mengejut ke Bazar...