Sorting by

×

Ketua Menteri Melaka lawat 16 pusat pelancongan di Jonker Street

Masa Membaca:1 Minit, 6 Saat

BANDA HILIR 28 Feb. – Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Utama Sulaiman Md Ali melawat 16 pusat tumpuan pelancong di sekitar Jonker Street, di sini, hari ini.

Ketibaan Sulaiman di lokasi Muzium Baba dan Nyonya pada jam 8.40 pagi disambut Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Warisan dan Kebudayaan negeri, Datuk Muhammad Jailani Khamis dan Datuk Bandar Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB), Datuk Zainal Abu serta Pengurus Besar Bahagian Promosi Pelancongan (BPP) Jabatan Ketua Menteri, Saari Basiron.

SULAIMAN (tengah) melawat Persatuan Hainan Negeri Melaka di Jalan Hang Jebat, di sini hari ini.

Sulaiman kemudian dibawa menaiki beca dengan diiringi 10 beca lagi bagi melawat 16 pusat tumpuan pelancong sempena Tahun Baru Cina di sepanjang Jalan Hang Jebat, Jonker Street.

Antara lokasi yang dilawati termasuk Persatuan Eng Choon dan Persatuan Hainan Negeri Melaka, Persatuan Teochew dan Persatuan Lui Chew serta Tokong San Duo Tong.

Turut dipersembahkan sepanjang lawatan itu tarian singa dan naga oleh Persatuan Hainan Negeri Melaka dan Persatuan Atletik Tarian Naga dan Singa Gao Feng Malaysia di beberapa lokasi pelancongan itu.

Dalam lawatan itu, Sulaiman turut menyantuni beberapa pemilik kedai runcit masyarakat Cina sebelum menaiki beca ke destinasi terakhir iaitu Hotel Casa Del Rio bagi menghadiri program penyampaian sumbangan kepada pengayuh beca negeri Melaka.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1374
Kongsi :
Previous post KLUFC juara sulung Piala Prihatin Menteri Wilayah Persekutuan
Next post Tiga hari, dua tan sampah
Ubah saiz-+=