Sorting by

×

KETUA MENTERI LUANG MASA SANTUNI PETUGAS MERS999

Masa Membaca:1 Minit, 19 Saat

BANDA HILIR 28 Oktober – Pengalaman mengendalikan kes terdahulu dan profesionalisme menjadikan mereka sentiasa tenang setiap kali menjawab panggilan daripada individu yang berada dalam situasi cemas.

Kecekapan petugas Pusat Panggilan Kecemasan Malaysia 999 (MERS999) di Banda Kaba dalam melaksanakan tanggungjawab mereka menarik perhatian Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh, ketika turun padang meninjau operasi di Response Center 999.

Ketua Menteri, amat tertarik dengan kualiti perkhidmatan disediakan Telekom Malaysia Bhd (TM) dalam melayani panggilan kecemasan diterima dari seluruh Malaysia.

“Selain berkesempatan menyantuni petugas-petugas, saya juga berpeluang mendengar perkongsian bagaimana mereka mengenalikan atau melayan setiap panggilan diterima.

“Mereka ini dilatih untuk menyelesaikan pelbagai masalah, saya merakamkan ucapan terima kasih kepada semua petugas yang melaksanakan tanggungjawab masing-masing dengan penuh rasa dedikasi khususnya setia kali menyantuni rakyat yang berdepan dengan masalah,” katanya yang ditemui selepas melawat melawat dan menyantuni petugas MERS999 di TM Banda Kaba, malam tadi.

Hadir sama pada lawatan itu adalah Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato’ Azhar Arshad; Exco Kanan, Perumahan, Kerajaan Tempatan, Saliran, Perubahan Iklim dan Pengurusan Bencana negeri, Datuk Rais Yasin dan Datuk Bandar Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) Datuk Shadan Othman.

Terdahulu ketibaan delegasi Kerajaan Negeri Melaka disambut oleh Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan TM, Amar Huzaimi Md Deris.

Ab Rauf berkata, pada lawatan itu beliau dan wakil Kerajaan Negeri turut diberi taklimat berhubung proses pengendalian talian dan menjejak lokasi pelanggil.

“Pusat panggilan ini adalah yang terbesar di Malaysia, selain itu saya turut dimaklumkan lebih 50 peratus panggilan kecemasan diterima dari seluruh Malaysia dilayani oleh petugas di MERS999 Melaka,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

99
Kongsi :
Previous post MELAKA BANTU PROMOSI TAHUN MELAWAT MALAYSIA
Next post TERIMA KASIH PM
Ubah saiz-+=