Ketua Menteri ketuai Sekretariat Khas TMM2024

Masa Membaca:1 Minit, 15 Saat

SERI NEGERI 14 Mac – Ketua Menteri Datuk Seri Utama Sulaiman Md Ali akan mengetuai Sekretariat Khas Tahun Melawat Melaka 2024 (TMM2024) bagi memastikan segala program dan perancangan diatur berjalan lancar.

Exco Pelancongan, Warisan dan Kebudayaan negeri, Datuk Muhamad Jailani Khamis berkata, sementara itu Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Zaidi Johari pula selaku Pengerusi TMM2024.

Katanya, beberapa produk baharu akan diketengahkan dan kesemua yang terlibat dalam sekretariat khas itu adalah pemain industri dan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun).

“Dibawah sekretariat khas itu terdapat Jawatankuasa Pembangunan Produk Baharu dan Naik Taraf Produk Pelancongan, Kempen Promosi, Publisiti dan Pembangunan Pakej Pelancongan, Kebersihan dan Keceriaan, Naik Taraf Tapak Warisan Dunia, Pengangkutan dan Kemudahan Awam, Feista dan Acara Pelancongan serta Jawatankuasa Kewangan.

“Saya berharap agensi-agensi terbabit akan memberi kelulusan dan sokongan sebelum Jun ini kerana kita tidak mempunyai banyak masa, hanya tinggal enam bulan lagi untuk persiap produk baharu.

“Sasaran pendapatan bagi TMM2024 adalah RM23.4 bilion dengan kunjungan menarik 18.7 juta pelancong,” katanya pada sidang media Persidangan Pertama Penggal Kedua Dewan Udangan Negeri (DUN) Melaka Yang Ke-15, di sini, hari ini.

Muhammad Jailani berkata, pihaknya juga akan menganjurkan kursus buat barisan hadapan dalam industri pelancongan sebagai usaha kesediaan Kerajaan Negeri menerima kehadiran pelancong sempena TMM2024.

“Kursus ‘Think Tourism’ dan ‘Act Tourism’ akan dianjurkan kepada semua barisan hadapan antaranya pemandu pelancong, pengamal media dan ejen-ejen kembara bagi memastikan kesediaan Kerajaan Negeri menerima kehadiran pelancong sempena TMM2024,” katanya.

MUHAMMAD JAILANI Foto: MR. AZLI

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1777
Kongsi :
Previous post Unit IPT dihidupkan semula menerusi TAPEM – KM
Next post Laluan baharu Ayer Limau tambah baik sistem pengangkutan awam – KM
Ubah saiz-+=