
Ketua Menteri, Exco, pengamal media terima suntikan dos penggalak kedua esok
MERLIMAU 29 Ogos – Ketua Menteri Datuk Seri Utama Sulaiman Md Ali, barisan Exco dan kakitangan awam dijadualkan menerima suntikan dos penggalak kedua di Seri Negeri, di sini, esok.
Exco Kesihatan dan Anti Dadah negeri Dr Muhamad Akmal Saleh berkata, pengamal media di Negeri Melaka juga digalakkan untuk hadir bagi menerima suntikan dos penggalak berkenaan bermula jam 9 pagi.
Katanya, inisiatif itu bertujuan memberi kesedaran kepada orang ramai mengenai kepentingan mengambil vaksin dalam membantu meningkatkan imuniti badan.
“Tujuan kita laksanakan inisiatif ini adalah memberitahu bahawa vaksinasi sangat penting selain memberi contoh yang baik kepada rakyat.
“Langkah ini perlu dicontohi semua lapisan masyarakat khusus mereka menghidap penyakit berisiko tinggi seperti kencing manis, darah tinggi dan jantung,” katanya pada sidang media mengenai ‘One Stop Parking Centre’ di Kompleks Japerun Merlimau, di sini, hari ini.
Dr Muhamad Akmal berkata, vaksin umpama perisai kepada badan berikutan itu petugas media yang kerap melakukan tugasan lapangan dan berjumpa orang ramai dinasihatkan agar memanfaatkan peluang dibuka kepada mereka.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
DUA JAJARAN JALAN RAYA BAHARU DIRANCANG MPAG DI DURIAN TUNGGAL
SERI NEGERI 29 April - Dua jajaran jalan baharu dicadangkan untuk dibina dalam kawasan Durian Tunggal menerusi Rancangan Tempatan Majlis...
PESAWAH MELAKA DAPAT BENIH PADI BERKUALITI HARGA MURAH
SERI NEGERI 29 April - Inisiatif Kerajaan Negeri membangunkan ladang benih padi di Sawah Tengah Padang, Merlimau terbukti berjaya membawa...
BANTUAN PENDIDIKAN ANAK-ANAK B40 DI MELAKA MENINGKAT TAHUN INI
AYER KEROH 29 April - Jumlah penerima bagi bantuan Pendidikan menerusi Bantuan Pakaian Sekolah (BPSR) dan Biasiswa Melaka tahun ini...
BIMBING BELIA KECICIRAN AKADEMIK JADI USAHAWAN
SERI NEGERI 29 April - Sebanyak 30 program pemantapan dan pembangunan belia dilaksanakan sepanjang tahun oleh Kerajaan Negeri dalam menggalakkan...
BERAS MELAKA DIJUAL DI 4 LOKASI
SERI NEGERI 29 April - Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh, hari ini, melancarkan fasa pertama pengeluaran Beras...
MELAKA TERIMA RM1.7 JUTA PERUNTUKAN MARRIS BAGI PEMASANGAN LAMPU JALAN TAHUN INI
SERI NEGERI 29 April - Jabatan Kerja Raya (JKR) Melaka menerima peruntukan RM1.7 juta bagi tahun 2025 di bawah Sistem...