
Ketua Menteri adakan lawatan ke LHDN Melaka
AYER KEROH 17 Sept. – Ketua Menteri Datuk Seri Utama Haji Sulaiman Md Ali mengadakan lawatan secara rasmi ke Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) Negeri Melaka di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC), sebentar tadi.
Beliau tiba kira-kira jam 2.30 petang itu bagi melihat pengoperasian dan sistem pengurusan LDHN di negeri ini.
Sulaiman meluangkan masa kira-kira satu jam bagi melihat sendiri pengurusan LHDN dalam menambahbaik pengoperasian LHDN.
Pada lawatan itu, Sulaiman turut mendengar taklimat yang disampaikan pihak LHDN sebelum berangkat meninggalkan lawatan.
Kehadiran Sulaiman sekali gus menjadi pendorong semangat buat kakitangan LHDN untuk terus memberikan khidmat terbaik kepada masyarakat.
Hadir sama Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Pengurusan) Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia, Mohd Jaafar Embong.