
Ketua JSJ Negeri Sembilan meninggal dunia
SEREMBAN, 12 Sept – Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Kontinjen (IPK) Negeri Sembilan, ACP Ramlan Abdul Razak, 59, meninggal dunia di Hospital Tuanku Ja’afar (HTJ) pada jam 1.35 pagi tadi akibat kesan sampingan selepas dijangkiti COVID-19 bulan lalu.
Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Mohamad Mat Yusop berkata Allahyarham menerima rawatan di HTJ selepas dijangkiti COVID-19 pada 8 Ogos lalu dan disahkan negatif sebelum meninggal dunia.
“Kesan akibat COVID-19 menyebabkan organ dalaman Allahyarham tidak dapat berfungsi dengan baik,” katanya ketika dihubungi Bernama di sini, hari ini.
Beliau berkata pemergian Allahyarham yang berasal dari Pulau Pinang, adalah kehilangan besar buat warga polis di negeri ini terutama Jabatan Siasatan Jenayah IPK Negeri Sembilan.
Mohamad menyifatkan Allahyarham seorang yang berhati lembut tetapi tegas serta berpengalaman luas dalam bidang siasatan jenayah.
Beliau berkata pegawainya itu berkhidmat dengan PDRM lebih 30 tahun dan bakal bersara pada 9 Okt ini.
Katanya jenazah Allahyarham selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Senawang kira-kira jam 11 pagi tadi dan Allahyarham meninggalkan seorang balu, Noor As Azura Md Aris dan 10 orang anak.
Views:
Related


Berita Lain
SAMB LAKSANA KERJA GANTIAN PAIP USANG DI SUNGAI UDANG
SERI NEGERI 29 April - Syarikat Air Melaka Berhad (SAMB) akan melaksanakan kerja-kerja menaik taraf sistem retikulasi di Sungai Udang...
4 STRATEGI PACU MELAKA JADI NEGERI CONTOH
SERI NEGERI 29 April - Kerajaan Negeri menggariskan empat strategi dalam memacu Melaka terus ke hadapan dan menjadi negeri contoh...
4,000 LAMPU SOLAR BAKAL TERANGI MELAKA
SERI NEGERI 29 April - Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim meluluskan peruntukan berjumlah RM4 juta bagi pemasangan 4,000 unit...
PEMERKASAAN EKONOMI, KESEJAHTERAAN RAKYAT TUMPUAN SIDANG DUN MELAKA
SERI NEGERI 29 April - Persidangan Pertama Penggal Keempat Dewan Undangan Negeri Melaka Yang Kelima Belas yang berlangsung 25, 28...
SISTEM MAKLUMAT HOSPITAL MELAKA DINAIK TARAF
SERI NEGERI 29 April - Sistem Maklumat Hospital (HIS) yang terletak bersebelahan projek pembinaan Hospital Wanita dan Kanak-Kanak Melaka di...
DUA JAJARAN JALAN RAYA BAHARU DIRANCANG MPAG DI DURIAN TUNGGAL
SERI NEGERI 29 April - Dua jajaran jalan baharu dicadangkan untuk dibina dalam kawasan Durian Tunggal menerusi Rancangan Tempatan Majlis...