
Ketua Balai Polis didenda RM6,500 lepaskan pemilik premis langgar SOP PKP
MELAKA, 6 Dis – Gara-gara menerima suapan daripada pemilik sebuah pusat hiburan yang melanggar prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), seorang bekas ketua balai polis berpangkat subinspektor didenda RM6,500 oleh Mahkamah Sesyen Ayer Keroh di sini hari ini.
Hakim Elesabet Paya Wan menjatuhkan hukuman itu selepas tertuduh, Abdul Halim Alias, 59, mengaku bersalah setelah pertuduhan dibacakan jurubahasa mahkamah.
Mengikut pertuduhan, Abdul Halim yang ketika itu Ketua Balai Polis Tengkera menerima suapan sebanyak RM6,000 daripada seorang pemilik sebuah pusat hiburan yang beroperasi di Kota Shahbandar, Banda Hilir bagi mengelak pemilik premis berkenaan dikenakan tindakan kerana melanggar PKP.
Abdul Halim didakwa melakukan kesalahan itu antara pukul 5 petang hingga 6.15 petang di Balai Polis Tengkera pada 11 Ogos 2020, di bawah Seksyen 165 Kanun Keseksaan kerana menerima suapan yang membawa hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Haresh Prakash Somiah manakala tertuduh diwakili peguam Azrul Zulkifli Stork.
— BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
SEMBILAN REMAJA LELAKI ANTARA 23 DITAHAN DALAM OPS MOTOSIKAL DI JOHOR
JOHOR BAHRU 22 April - Polis Johor menahan 23 lelaki warga tempatan termasuk sembilan remaja dalam OPS Motosikal, yang dijalankan...
PERKENAL MENARA TAMING SARI KEPADA DUNIA
BANDA HILIR 22 April - Pemilihan Melaka sebagai tuan rumah penganjuran Hari Pelancongan Sedunia 2025 (WTD 2025) dan Forum Pelancongan...
POLIS BURU LELAKI KES SAMUN RANTAI EMAS BERSENJATA PARANG
SHAH ALAM 22 April - Polis sedang menjejaki sekumpulan lelaki yang disyaki melakukan jenayah samun menggunakan parang di sebuah kedai...
‘PETTING ZOO’ KEMUDAHAN SUKAN LASAK BAKAL JADI TARIKAN BAHARU TETC
RIM 22 April - Kemudahan di Taman Extreme Tasik Chinchin (TETC) akan terus dinaik taraf bagi memastikan lokasi itu terus...
SUNGAI RAMBAI LOKASI PENGANJURAN FESTIVAL HELLO KOMODITI 2025
SUNGAI RAMBAI 22 April - Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Rambai sekali lagi dipilih menjadi lokasi karnival peringkat kebangsaan menerusi...
KETUA POLIS BALAI DITAHAN POSITIF DADAH BAKAL BERDEPAN TINDAKAN TATATERTIB
KUALA LUMPUR 21 April - Seorang ketua polis balai yang ditahan kerana disyaki mengambil dadah ketika berada di sebuah pusat...