
Ketua Armada Kelantan meninggal dunia
PASIR MAS 6 Mei. – Ketua Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada) Kelantan Datuk Muhammad Amiin Ridhuwan Ab Aziz, 36, meninggal dunia dipercayai akibat serangan jantung, kira-kira 6 pagi tadi.
Perkara itu disahkan Setiausaha Akhbar Armada Kelantan Che Isham Sharudin Che Hamat Nordin ketika dihubungi Bernama.
“Allahyarham difahamkan mengalami sakit dada dan rebah ketika sahur pagi tadi di kediamannya sebelum dibawa ke Hospital Pasir Mas. Allahyarham disahkan menghembuskan nafas terakhir di Hospital Pasir Mas, buat masa ini jenazah arwah masih berada di hospital untuk pemeriksaan lanjut.
“Allahyarham akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Benta, Kampung Pohon Buluh, Pasir Mas selepas solat zuhur,” katanya.
Mengulas lanjut, beliau berkata Muhammad Amiin Ridhuwan yang juga Ketua Armada Pasir Mas merupakan seorang ketua yang cukup komited dan berani mendepani isu rakyat sepanjang diberikan mandat memimpin Armada Kelantan sejak tahun lalu.
“Semoga roh Allahyarham ditempatkan dalam kalangan insan soleh,” katanya sambil memberitahu Muhammad Amiin Ridhuwan meninggalkan dua balu dan lapan orang anak.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related

Berita Lain
KAUNTER ZAKAT FITRAH DALAM KOLEJ
JASIN 12 Mac - Kolej Komuniti Jasin (KKJS) mengambil langkah proaktif dengan menyediakan kaunter pungutan zakat fitrah di kolej berkenaan....
BOMBA MELAKA SASAR ‘RESPONSE TIME’ BAWAH 9 MINIT
JASIN 12 Mac - Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Negeri Melaka komited meningkatkan mereka perkhidmatan terutamanya dalam memendekkan tempoh...
ASAM PEDAS TETEL PENGGANTI BUBUR LAMBUK
KLEBANG 12 Mac - Penduduk Kampung Balik Buloh, Klebang Besar memecahkan tradisi, apabila menjadikan asam pedas sebagai pengganti bubur lambuk...
TUJUH DEKAD PERZIM LESTARI WARISAN, PERKUKUH IDENTITI BANGSA
AYER KEROH 12 Mac - Selama tujuh dekad, Perbadanan Muzium Melaka (PERZIM) memainkan peranan besar sebagai sebuah institusi yang bukan...
AGIHAN 6,000 KUPON E-DOMPET DI PASAR RAMADAN TAMAN SERI DUYONG
AYER KEROH 12 Mac - Orang ramai berkunjung ke Pasar Ramadan Rahmah Taman Seri Duyong dari 11 hingga 15 Mac...
PENSYARAH UITM MAUT MOTOSIKAL REMPUH LORI
JASIN 11 Mac - Pensyarah Universiti Teknologi Mara (UiTM) Cawangan Jasin maut selepas motosikal ditungang terbabit kemalangan dengan sebuah lori...