
Ketibaan vaksin
KUALA LUMPUR 21 Feb. – Menteri Kesihatan Dr Adham Baba dilaporkan tiba di Pusat Kargo Termaju (ACC) Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) sebentar tadi bagi menunggu ketibaan kumpulan pertama vaksin Pfizer-BioNTech dari Belgium.
Selain beliau, Menteri Penyelaras Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan Khairy Jamaluddin, Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham dan Menteri Pengangkutan Datuk Seri Dr Wee Ka Siong juga sudah tiba di ACC KLIA.
Detik bersejarah ini dijangka berlaku jam 10 pagi ini dengan vaksin berkenaan dibawa melalui penerbangan Malaysia Airlines MH604 dengan menggunakan pesawat Airbus 330-300 yang dikendalikan oleh MABkargo Sdn. Bhd (MASKargo).

Berita lanjut menyusul
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.