
Ketatkan pemantauan, tingkat keselamatan di asrama mualaf – Exco
BANDARAYA MELAKA 28 Disember – Kerajaan Negeri akan meningkatkan pemantauan dan tahap keselamatan di dua asrama menempatkan saudara baharu bagi mengelakkan daripada berlakunya sebarang salah laku atau kejadian yang tidak diingini.
Exco Pendidikan, Pengajian Tinggi dan Hal Ehwal Agama negeri, Datuk Rahmad Mariman berkata kemudahan berkenaan diwujudkan untuk memberi perlindungan kepada mualaf baharu memeluk Islam yang tidak mempunyai tempat tinggal atas pelbagai sebab.
“Sebab itu Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) menyediakan tempat penginapan sementara dengan menyediakan asrama yang selesa di Kesidang dan Kampung Lapan, makan serta minum juga disediakan.
“Tetapi disebabkan mereka (mualaf) ini datang daripada pelbagai latar belakang, kita perlu wujudkan beberapa garis panduan baharu untuk tingkatkan keselamatan penghuni di asrama ini,” katanya pada sidang media selepas bersiaran secara langsung menerusi rancangan ‘Apa Khabau YB’ di Melakafm, Jalan Taming Sari, di sini, hari ini.
Mengulas lanjut, Rahmad berkata asrama di Kesidang setakat ini menempatkan menempatkan seramai 11 penghuni.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related

Berita Lain
GOLONGAN MEMERLUKAN PARLIMEN JASIN TERIMA SUMBANGAN RAMADAN
MERLIMAU 14 Mac - Golongan memerlukan terus mendapat perhatian apabila sumbangan berjumlah RM15,000 beserta kit Ramadan disalurkan kepada 150 penerima...
MASIH ADA YANG SAYANG ‘ANAK-ANAK SYURGA’
MACHAP JAYA 14 Mac - Wakil Rakyat dari lima Dewan Undangan Negeri (DUN) Parlimen Alor Gajah mencipta kelainan apabila memilih...
MAIM, PERKESO PERKUKUH SINERGI PASTIKAN SALURAN BANTUAN LEBIH EFEKTIF
AYER KEROH 14 Mac - Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) memperkukuh kerjasama strategik melalui Program Social Synergy bagi memastikan bantuan...
‘ZARUL SOLO’ SAMUN KEDAI EMAS DITAHAN
MELAKA, 14 Mac - Polis menahan seorang penganggur digelar 'Zarul Solo' yang dipercayai terbabit dalam kes samun barang kemas melibatkan...
SANTUNI, CERIAKAN RAKYAT SETIAP KALI MUSIM PERAYAAN
LENDU 14 Mac - Menyantuni rakyat dalam kalangan golongan kurang berkemampuan khususnya setiap kali tiba musim perayaan sentiasa menjadi keutamaan...
KOMPAUN RM250, JIKA TIADA SUNTIKAN TIFOID – MBMB
AYER KEROH 14 Mac - Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) teragak-agak untuk mengeluarkan kompauan kepada mana-mana peniaga Pasar Ramadan dikesan...