KESUNGGUHAN YB KURANGKAN RISIKO BANJIR LEGAKAN PENDUDUK

Masa Membaca:1 Minit, 11 Saat

SUNGAI RAMBAI 4 Disember – Kesungguhan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Sungai Rambai, Siti Faizah Abdul Azis melaksanakan pelbagai inisiatif untuk mengurangkan risiko banjir melegakan penduduk di Dewan Undangan Negeri (DUN) itu

Bagi Nurhidahyu Buami, 41, dari Kampung Janda Berhias yang tersenarai sebagai lokasi banjir berkata, usaha proaktif dilaksanakan kerajaan sejak dua tahun lalu menampakkan hasil dan mengurangkan risiko kediamannya daripada dilanda banjir.

“Sebelum ini saya dan keluarga terpaksa kerap berpindah ke pusat pemindahan sementara (PPS), tapi selepas usaha menangani banjir dilaksanakan secara proaktif kami berasa amat lega, bencana itu kini jarang berlaku. Antara usaha menangani banjir sudah dilaksanakan setakat ini adalah menaik taraf sistem perparitan dan membina benteng.

“Tapi kali ini kami terpaksa akur dan reda, hujan lebat berlarutan bagi tempoh jangka masa panjang ditambah fenomena air pasang besar menyebabkan rumah saya akhirnya dinaiki air selepas dua tahun,” katanya.

Ibu kepada empat anak itu berkata demikian ketika ditemui selepas menerima kunjungan Siti Faizah yang melawat mangsa banjir ditempatkan di PPS Sekolah Kebangsaan (SK) Parit Penghulu, baru-baru ini.

Menurut Nurhidahyu, proses pemindahan ke PPS kali ini juga lancar kerana dia dan keluarga sudah melakukan persiapan awal susulan ramalan banjir yang dikeluarkan pihak berkuasa.

“Paras air dalam rumah cuma paras buku lali sahaja, tetapi kawasan halaman mencecah hingga ke betis, kami berpindah ke PPS atas nasihat pihak berkuasa dan mengelakkan daripada ditimpa sebarang kejadian tidak diingini,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

42
Kongsi :
Previous post PERKASA BUDAYA INOVASI DI MELAKA
Next post CALON SPM SMK DANG ANUM MAUT DALAM PERJALANAN KE SEKOLAH
Ubah saiz-+=