
Kesilapan beri subsidi kepada golongan kaya perlu diperbetulkan
Beliau dalam sidang media selepas melancarkan Dokumen Piawaian Pelaburan Mampan (SIS) di Kementerian KewanganĀ di sini hari iniĀ berkata kerajaan sekarang sedang membetulkan kesilapan tersebut supaya adil terhadap rakyat terutamanya golongan B40.
āOrang kaya tak perlu subsidi pun, kenapa kita perlu beri subsidi kepada orang kaya?
āNegara manakah di dalam dunia ini yang memberi subsidi kepada orang kaya berbanding beri subsidi kepada orang miskin? Tiada, hanya Malaysia, jadi dasar subsidi Malaysia itu silap,ā katanya.
Ahmad berkata kerajaan sedang merangka pelaksanaan subsidiĀ secara bersasar agar golongan T20 tidak akan terkesan secara mengejut.
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim sebelum ini berkata golongan berpendapatan tinggi T20 tidak akanĀ akan menerima manfaat subsidi bagi penggunaan elektrik serta bantuan kewangan haji.
Anwar berkata Pangkalan Data Utama (PADU) akan digunakan untuk mengurus dan menyelaras penilaian agihan subsidi kepada golongan yang layak.
āSemalam, jawapan Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim Nik Nazmi Nik Ahmad di Dewan Rakyat bahawa penjimatan subsidi elektrik yang dilakukan secara bersasar dari 1 Jan hingga Jun adalah RM5.6 bilion. Dengan sebanyak itu bermacam perkara kita boleh laksanakan untuk rakyat,” kata Ahmad. – BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.