KESEPADUAN RAKYAT BINA NEGARA AMAN, MAKMUR – KM

Masa Membaca:1 Minit, 32 Saat

DUYONG 16 September – Tidak akan berjaya sesuatu bangsa jika tiada kesepaduan dan permuafakatan yang utuh, kata Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh.

Ketua Menteri berkata, jika rakyatnya tidak bersatu padu juga tidak akan terbinanya sebuah negara yang aman makmur.

Justeru, beliau berharap rakyat Negeri Melaka dapat meneladani keperibadian Nabi Muhamad SAW yang merupakan contoh terbaik kepada umat Islam.

“Sebab itu, dalam kita menempuh kehidupan sambil mempersiapkan diri ke alam yang nyata dan kekal, kita perlu mengikuti segala suruhan Rasullulah SAW sebagai ‘role mode’ dalam mengangkat ukhwah insaniyyah.

“Baginda SAW berusaha keras dalam menghapuskan apa jua bentuk diskriminasi atas nama agama, bangsa, warna kulit mahupun keturunan suatu masa dahulu,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Perhimpunan dan Perarakan Sempena Sambutan Maulidur Rasul 1446 Hijrah Peringkat Negeri Melaka 2024 ‘Al-Falah Pemacu Malaysia MADANI’ di Stadium Tun Fatimah, Bukit Serindit di sini, hari ini.

Terdahulu perarakan itu diketuai Yang di-Pertua Negeri, Tun Seri Setia Dr. Mohd Ali Mohd Rustam bermula jam 8.45 pagi di stadium berkenaan sehingga ke Dataran Pusat Islam Melaka.

Hadir sama Speaker Dewan Undangan Negeri, Datuk Wira Ibrahim Durum; Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato’ Azhar Arshad; Exco Pendidikan, Pengajian Tinggi dan Hal Ehwal Agama negeri Datuk Rahmad Mariman; barisan Exco dan Timbalan Exco Kerajaan Negeri serta lain-lain kenamaan.

Seramai 6,234 peserta membabitkan 121 kontinjen mewakili pelbagai jabatan, agensi, institusi pendidikan, japerun dan masjid telah mengambil bahagian berarak sejauh 3.91 kilometer (km).

Dalam pada itu, Ab Rauf berkata, sambutan Hari Malaysia pada hari ini juga adalah bagi memperingati hasil usaha daripada penyatuan dan kesepaduan pelbagai pihak hingga terbentuknya negara Malaysia.

“Kepelbagaian kaum di negara ini bukanlah penghalang untuk kita terus bersatu, malah ia merupakan hubungan unik di mana kita saling melengkapi hingga mampu hidup dengan penuh aman dan sentosa,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

75
Kongsi :
Previous post LEBIH 6,000 BERARAK DI SAMBUTAN MAULIDUR RASUL MELAKA
Next post MELAKA TERUS SUBURKAN SYIAR ISLAM, SANTUNI MASYARAKAT
Ubah saiz-+=