Sorting by

×

Keselesaan pengunjung keutamaan Menara Taming Sari

Masa Membaca:54 Saat

BANDARAYA MELAKA 27 Februari – Bagi memastikan keselesaan pengunjung, Menara Taming Sari Berhad (MTSB) menggerakkan kakitangannya untuk menjalankan gotong-royong, hari ini.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Nasrul Ahmad berkata, gotong-royong dijalankan bukan sahaja membabitkan kakitangan MTSB bahkan turut membabitkan agensi lain antaranya SWM Environment dan Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB).

“Fokus kita adalah melakukan kerja pembersihan terutamanya di kawasan longkang sekitar menara kerana sebelum ini kita dapat aduan daripada mengunjung yang menyuarakan rasa tidak selesa apabila ada terhidu bau kurang senang dipercayai datangnya dari longkang.

“Jadi selain membersihkan longkang dan kawasan sekitar sekitar, kita turut melakukan pengindahan dengan mengecat tembok bahagian hadapan serta batu pembahagi,” katanya.

Menurut Nasrul, keselesaan pengunjung menjadi keutamaan MTSB, justeru setiap aduan atau maklum balas diambil cakna.

“Persekitaran yang indah dan selesa amat penting dalam menarik kedatangan pengunjung ke MTS jadi faktor ini sentiasa diberi perhatian oleh MTSB.

“Selain itu perhatian turut diberikan kepada penyediaan fasiliti yang baik agar setiap pengunjung yang datang bukan sahaja dapat merasai pengalaman menarik tetapi tidak serik untuk berkunjung lagi,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

647
Kongsi :
Previous post Tiga ditahan bergaduh kerana bola sepak
Next post Lima penghantar makanan didakwa bunuh lelaki
Ubah saiz-+=