Sorting by

×

Keselesaan, keselamatan pelancong keutamaan PPSPM

Masa Membaca:1 Minit, 45 Saat

BANDARAYA MELAKA 26 Julai – Selain keselesaan, keselamatan pelancong antara aspek diberi keutamaan oleh Perbadanan Pembangunan Sungai dan Pantai Melaka (PPSPM) terutama menjelang Tahun Melawat Melaka 2024 (TMM2024).

Ketua Pegawai Eksekutif PPSPM, Datuk TPr. Murad Husin berkata, berikutan itu Pasukan Tindakan Kecemasan (ERT)  PPSPM yang ditubuhkan turut diberikan pendedahan dalam menangani sebarang insiden atau kejadian kecemasan luar jangka.

TPr. Murad berkata, simulasi latihan pengurusan mangsa kemalangan pelanggaran bot dijalankan amat penting bagi menguji tahap kesiapsiagaan ERT PPSPM sebagai pasukan bantuan kecemasan pertama di lokasi.

Katanya, kerjasama daripada pegawai perubatan Hospital Pakar Putra Melaka Sdn. Bhd. (PSHMSB) menjadikan simulasi itu lebih realistik dan memberikan pengalaman berguna kepada ERT PPSPM.

“Hasil daripada simulasi dijalankan ERT PPSPM dan agensi bantuan lain dilihat mampu serta bersedia menangani sebarang situasi yang membabitkan aspek keselamatan pelancong.

“Kecekapan semua pihak terbabit dalam simulasi ini secara tidak langsung meningkatkan lagi keyakinan pelancong tempatan dan antarabangsa untuk memilih Melaka sebagai destinasi percutian mereka,” katanya.

photo_2023-07-26_13-26-01
Ketua Pegawai Eksekutif PPSPM, Datuk TPr. Murad Husin mengadakan sidang akhbar selepas program Simulasi Latihan Bencana Luaran di Sungai Melaka. Foto: MR. AZLI

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menyaksikan pelan latihan bencana yang turut dihadiri Person In Charge PSHMSB Datuk Dr. Malek Feisal Ayub, di Sungai Melaka berhampiran Kampung Morten, di sini, hari ini.

Senario latihan itu membabitkan pelanggaran antara bot membawa lapan pelancong dan bot pembersihan di Sungai Melaka.

Akibat pelanggaran, ada mangsa dilaporkan lemas selain mengalami kecederaan dan diberikan bantuan rawatan awal oleh ERT PPSPM.

“Belum pernah berlaku kemalangan atau pelanggaran di Sungai Melaka. Namun jika berlaku ERT PPSPM sudah tahu apa tindakan perlu dilakukan.

“Keselamatan bukan sahaja terhadap penumpang, tetapi merangkumi semua termasuk orang awam berada sepanjang laluan koridor atau jajaran tebing Sungai Melaka ini.

“Meskipun kes terjatuh ke Sungai Melaka adalah terpencil namun kita memandangnya sebagai serius dan perlu diberi perhatian agar tidak berulang,” katanya.

Latihan itu turut dijayakan dengan kerjasama Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Polis Diraja Malaysia (PDRM), Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) dan Kesementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1838
Kongsi :
Previous post Pekerja swasta rugi RM1.2 juta diperdaya tawaran kerja tidak wujud
Next post TMM2024: Panorama Melaka perkenal pakej pelancongan naik bas
Ubah saiz-+=