Sorting by

×

Kesedaran Orang Asli miliki MyKad meningkat melalui MEKAR

Masa Membaca:1 Minit, 20 Saat

ASAHAN 6 Ogos – Jabatan Pendaftaran Negara (JPN)  agresif dalam memastikan golongan sasaran di seluruh negara menerima kad pengenalan (MyKad) yang sah menerusi 130 Program Menyemai Kasih Rakyat (MEKAR) setiap bulan di seluruh negara.

Ketua Pengarah Jabatan Pendaftaran Negara Zamri Misman berkata setakat ini langkah proaktif itu telah melepasi 80 program sasaran JPN seluruh negara.

Katanya, program itu bagi memastikan golongan sasaran terutamanya individu di kawasan pedalaman dan mereka yang tidak berkeupayaan seperti sakit terlantar untuk melakukan urusan mendaftar atau memperbaharui MyKad, sijil kelahiran dan kematian.

“MEKAR merupakan program turun padang JPN bagi membantu golongan sasar mengenai permohonan dokumen berkaitan namun sukar untuk hadir ke pejabat JPN.

“Program ini juga merupakan pendekatan proaktif bagi memastikan setiap penduduk di negara ini yang berkelayakan memohon dan mendapatkan pengenalan diri yang sah.

“Program ini juga turut memberi tumpuan terhadap golongan Orang Asli dengan lebih 50 program telah dilaksanakan khususnya di Kelantan, Pahang dan Perak,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Program MEKAR bersama komuniti Orang Asli, Kampung Gapam Baru di Dewan Komuniti Orang Asli di sini.

Hadir sama, Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Asahan, Fairul Nizam Roslan, Pengarah JPN Melaka, Norazlee Sulaiman dan Pengarah Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) Melaka dan Negeri Sembilan, Shahrani Idderis.

Mengulas lanjut, Zamri memaklumkan pihaknya melihat kesedaran dalam kalangan masyarakat Orang Asli  mengenai kepentingan pendaftaran sijil kelahiran dan kad pengenalan diri  semakin meningkat.

“Untuk rekod sepanjang Januari hingga Julai tahun ini sebanyak 50 gantian MyKad bagi masyarakat Orang Asli melalui Program MEKAR JPN telah diterima dan diserahkan, manakala 11 permohonan melibatkan urusan kelahiran.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

987
Kongsi :
Previous post Zoo Melaka jalin kerjasama dapatkan kepakaran, pembiakan Harimau Malaya
Next post Golongan profesional dua negara ‘tuang emosi’ dalam Kembara Penyair Ikhtisas
Ubah saiz-+=