Kesedaran letak tanda harga meningkat dalam kalangan peniaga bazar di Melaka
Beliau berkata ia secara tidak langsung membuktikan program advokasi, penguatkuasaan dan pemantauan yang dilakukan agensi tersebut berkesan menerapkan kesedaran dalam kalangan peniaga.
“Kita nampak peningkatan itu sangat tinggi berbanding tahun lepas terutama apabila pengguna sendiri memainkan peranan dengan cara tidak memasuki kedai yang tidak meletakkan tanda harga bagi mengelak ditipu,” katanya kepada pemberita selepas melakukan Op Samar Bazar KPDN di Bazar Aidilfitri MITC Ayer Keroh di sini, semalam.
Mengenai Op Samar yang bermula semalam, Norena berkata dua peniaga masing-masing dikenakan kompuan RM200 selepas gagal mempamerkan tanda harga dan menggunakan alat timbang yang tidak ditentusahkan.
“Sejak 1 Ramadan lepas kita telah melakukan Op Pantau dengan memeriksa 2,200 premis perniagaan di bazar Ramadan dan di situ kita memberikan advokasi mengenai penggunaan tanda harga dan tiada kompaun dikenakan, namun kompaun akan dikenakan ketika Op Samar ini,” katanya.
Menurutnya Op Samar diteruskan hingga akhir Ramadan ini dengan 10 pasukan penguat kuasa KPDN Melaka akan melakukan pemantauan di kesemua bazar Ramadan dan bazar Aidilfitri.
— BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.