Sorting by

×

Kesal kemelut politik Melaka sengaja diwujudkan demi agenda peribadi- Shahril

Masa Membaca:55 Saat

MELAKA 5 Okt. – Ketua Penerangan UMNO, Shahril Hamdan menyifatkan situasi politik yang melanda Melaka ketika ini amat mengecewakan memandangkan ia dicetuskan oleh individu yang satu ketika dulu bersama-sama menubuhkan kerajaan negeri.

Kenyataan beliau pada UMNO Online hari ini, menzahirkan rasa kecewa pihaknya memandangkan individu tersebut juga pernah menduduki kerusi Ketua Menteri Melaka tetapi akhirnya sanggup menikam kawan dalam parti.

“Saya mengamati sidang media Pengerusi Perhubungan UMNO Melaka, Datuk Seri Ab Raof Yusoh yang jelas menegaskan bahawa sebenarnya tiada masalah dalam kepimpinan Ketua Menteri, Datuk Seri Sulaiman Md Ali.

“Maka kemelut ini sengaja diwujudkan oleh individu yang mengejar agenda peribadi dan nafsu mahu jadi Ketua Menteri bukannya agenda parti mahu pun rakyat,” katanya.

Pada masa yang sama, beliau menyatakan kehairanan pihaknya tentang sikap Pakatan Harapan (PH) yang seakan-akan menerima’ sahaja keadaan tersebut berlaku.

“Yang peliknya, PH juga nampak mahu menerima tindakan ini meskipun telah menyatakan komitmen untuk bekerjasama dalam politik baharu sehingga PRU-15 yang bukannya terlalu lama lagi,” katanya.

Katanya, situasi politik yang melanda UMNO Melaka pada hari ini dilihat amat mengecewakan.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1133
Kongsi :
Previous post PRN Melaka: Jangan sisih calon ‘orang lama’
Next post PH mahu cabar keabsahan kerajaan sementara- Adly
Ubah saiz-+=