Kes tembak di Bukit Bintang: Tiga rakan didakwa membunuh
KUALA LUMPUR, 13 Mei – Tiga rakan dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan membunuh seorang lelaki di sebuah hotel di Bukit Bintang, pada minggu lepas.
T. Muniswaran, 49; S. Katharavello, 52; dan Mohd Zulbihar Ali Khan Kamaldin, 48, didakwa bersama-sama membunuh S. Prabah, 49, di sebuah bilik di Hotel Capitol, Jalan Bulan, Off Jalan Bukit Bintang di sini, pukul 6.05 petang hingga 6.40 petang pada 3 Mei lepas.
Pendakwaan dikemukakan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama yang memperuntukkan hukuman mati, jika sabit kesalahan.
Ketiga-tiga mereka mengangguk faham selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Wong Chai Sia dan tiada pengakuan direkodkan daripada mereka kerana kes bunuh di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi.
Mahkamah menetapkan 13 Julai ini untuk sebutan semula kes bagi serahan laporan kimia.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Phulrani Kaur, manakala kesemua tertuduh tidak diwakili peguam.
Media sebelum ini melaporkan mangsa ditemukan maut dengan kesan tembakan di dahi dalam kejadian di sebuah bilik hotel di Bukit Bintang sejam selepas dia mendaftar masuk.- BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related
Berita Lain
ORANG JASIN, JOM TUKAR BARANG TERPAKAI JADI DUIT 7 DISEMBER INI
JASIN 20 November - Orang Melaka khususnya warga Jasin dipelawa menjana ekonomi sampingan dengan menjual sisa barangan terpakai di rumah...
WARIS PENDEPOSIT SIMPAN SSPN TERIMA MANFAAT LEBIH RM129,000
AYER LIMAU 20 November - Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) menerusi Program Ziarah PTPTN Prihatin telah mengunjungi waris salah...
MELAKA SERIUS PERKASA TVET
AYER KEROH 20 November - Kerajaan Negeri menerusi Majlis Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) Melaka mengambil beberapa pendekatan...
TEATER FANTASI CAT CIT COT IMBAU SUASANA PANDEMIK COVID-19
AYER KEROH 20 November - Menggunakan Geran Sektor Kebudayaan (GSSK 2024) Sikunang Venture dengan kerjasama Pertubuhan Teater Melaka (PERTEM) bakal...
100 USAHAWAN MHH MERIAHKAN FESTIVAL HALAL ANTARABANGSA MELAKA
SERKAM 20 November - Sebanyak 100 usahawan tempatan yang berpusat di Melaka Halal Hub (MHH) Serkam akan mengambil bahagian pada...
‘JADI EXCO KESIHATAN SATU CABARAN’
AYER KEROH 20 November - Tidak pernah berada dalam bidang kesihatan mahupun bergelar doktor bukan penghalang untuk seorang pemimpin menggalas...