
Kes sembuh atasi kes harian COVID-19 di Melaka
AYER KEROH 29 Julai – Melaka merekodkan kes sembuh lebih tinggi berbanding kes harian positif COVID-19, hari ini.
Menurut kenyataan Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) Melaka, sebanyak 473 kes telah disahkan sembuh hari ini, menjadikan jumlah keseluruhan pesakit yang sembuh di negeri ini meningkat kepada 25,185.
JKN Melaka bagaimanapun memaklumkan kes harian di negeri ini kekal tiga angka apabila mencatat 416 kes positif baharu melibatkan 398 warganegara dan 18 bukan warganegara.
Kes harian tertinggi pada hari ini disumbangkan oleh kontak rapat keluarga iaitu sebanyak 246 kes diikuti 70 kes saringan bergejala orang ramai, kluster kilang (53 kes), institusi penjara (19 kes) dan tempat kerja bukan kilang, 18 kes.
Selain itu, turut direkodkan pertambahan satu lagi kluster baharu, hari ini, membabitkan kilang di Melaka Tengah iaitu Kluster Industri Teknologi Cheng 18 yang telah merekodkan 22 kes positif baharu.
“Setakat ini, seramai 4,551 pesakit masih dirawat di hospital serta PKRC awam dan swasta dengan 85 daripadanya ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU) dan 22 memerlukan alat bantuan pernafasan.
“Dukacita dimaklumkan terdapat 10 kes kematian dilaporkan hari ini menjadikan jumlah keseluruhan kematian akibat COVID-19 di Melaka menjadi 362,” kata kenyataan itu.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
LELAKI MAUT, VAN TERBABAS REMPUH BESI PENGHADANG
ALOR GAJAH 12 Mac - Seorang lelaki maut manakala seorang lagi cedera dalam kemalangan membabitkan sebuah van di Kilometer 209.1...
AIDILFITRI: RAKYAT MELAKA DIGALAK DAFTAR APLIKASI ‘VSP’
AYER KEROH 12 Mac - Orang ramai khususnya penduduk di negeri ini disaran menggunakan aplikasi Volunteer Smartphone Patrol (VSP) bagi...
MPJ KONGSI REZEKI RAMADAN
JASIN 12 Mac - Majlis Perbandaran Jasin (MPJ) menyemarakkan bulan mulia ini dengan Program Kongsi Rezeki Ramadan 2025 berkonsepkan sumbangan...
MAIM ANJUR QIYAMUNNAHAR RAMADAN BERSAMA MUALAF
AYER KEROH 12 Mac - Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) menerusi Bahagian Balai Islam akan menganjurkan dua siri Program Qiyamunnahar...
KAUNTER ZAKAT FITRAH DALAM KOLEJ
JASIN 12 Mac - Kolej Komuniti Jasin (KKJS) mengambil langkah proaktif dengan menyediakan kaunter pungutan zakat fitrah di kolej berkenaan....
BOMBA MELAKA SASAR ‘RESPONSE TIME’ BAWAH 9 MINIT
JASIN 12 Mac - Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Negeri Melaka komited meningkatkan mereka perkhidmatan terutamanya dalam memendekkan tempoh...