
Kes letupan di Ampang, reman suami isteri disambung tujuh hari – Polis
KUALA LUMPUR, 10 Jan – Reman terhadap pasangan suami isteri yang ditahan bagi membantu siasatan kes letupan yang mengorbankan seorang pelayan sebuah restoran di Pandan Indah, Ampang, 29 Dis lepas disambung sehingga 17 Jan.
Ketua Polis Daerah Ampang Jaya ACP Mohamad Farouk Eshak dalam kenyataan hari ini berkata pagi tadi pihaknya memohon untuk menyambung reman terhadap dua suspek berusia 33 dan 30 tahun itu, yang sepatutnya berakhir hari ini.
Beliau berkata mahkamah membenarkan reman disambung tujuh hari lagi bermula esok sehingga 17 Jan.
Pada Rabu lepas pasangan berkenaan ditahan di rumah mereka di Serdang, Kedah dan polis turut merampas beberapa barang kes antaranya pisau pemotong kertas dan mercun bola yang dipercayai digunakan sebagai bahan letupan.
Pemangku Ketua Polis Selangor Datuk S. Sasikala Devi berkata kejadian dipercayai berpunca daripada masalah peribadi antara mangsa dan seramai 36 saksi telah diambil keterangan bagi membantu siasatan kes mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.
Pada 29 Dis lepas, seorang lelaki tempatan berusia 28 tahun maut akibat kecederaan parah pada bahagian badan dan tangan selepas bungkusan yang ditinggalkan di atas bonet keretanya meletup.
— BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
MAPEX 2025 TAWAR RUMAH SERENDAH RM99,000 UNTUK ORANG MELAKA
AYER KEROH 17 April - Pelbagai jenis rumah dan hartanah pada harga serendah RM99,000 ditawarkan di Ekspo Perumahan dan Hartanah...
ZOO MELAKA SAMBUT KELAHIRAN HARIMAU KUMBANG JANTAN
AYER KEROH 17 April - Zoo Melaka menerima kehadiran 'ahli baharu' selepas seekor harimau kumbang jantan selamat dilahirkan, baru-baru ini....
92 MURID, PELAJAR BERENTAP PADA KEJOHANAN GOLF MSSNM
AYER KEROH 17 April - Seramai 92 peserta mewakili 41 buah sekolah rendah dan menengah berentap pada Kejohanan Golf Majlis...
HARGA TIKET ZOO MELAKA DITURUNKAN
AYER KEROH 17 April - Zoo Melaka menurunkan harga tiket ke taman haiwan itu sepanjang tahun ini. Yang Dipertua Majlis...
MENARA TAMING SARI KEKAL DINAMIK SELEPAS 17 TAHUN
BANDA HILIR 17 April - Selepas 17 tahun ditubuhkan reputasi Menara Taming Sari sebagai ikon pelancongan utama Melaka perlu dikekalkan...
TAMAN TEMA SALJI MERCU PELANCONGAN BAHARU MELAKA
AYER KEROH 17 April - Taman Tema Salji yang pertama di Malaysia kini beroperasi di Melaka, sekali gus menjadi satu...