
Kes Influenza A di Melaka tunjuk trend penurunan
SUNGAI RAMBAI 13 Ogos – Kes virus Influenza A di negeri ini semakin menunjukkan trend penurunan.
Pengarah Kesihatan negeri, Dr Rusdi Abd Rahman berkata, penurunan itu dikesan sejak dua minggu lalu.
Katanya, trend penurunan itu dijangka akan terus menurun sehingga bulan Oktober tahun ini.
“Sekarang ini kes yang sering menjangkiti anak-anak, pelajar sekolah diklasifikasi termasuk dalam kes virus Influenza A ini kita dapati telah menunjukkan trend penurunan sejak dua minggu lalu.
“Dan dijangka akan semakin menurun menjelang bulan September dan Oktober ini.
“Namun, kita risau pada musim sejuk (musim hujan) pada bulan November dan Disember nanti kes akan meningkat kerana aktiviti akan terhad dan orang duduk di rumah,” katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan pelancaran Program Pharmacy Integrated Community Care (PICC) di Pusat Komuniti Desa Sungai Rambai, hari ini.
Mengulas lanjut, Dr Rusdi turut mengingatkan orang awam untuk terus mengamalkan prosedur operasi standard (SOP) COVID-19 bagi mengekang diri daripada menerima atau menjangkiti individu lain.
Ujarnya, amalan SOP ketika mencegah COVID-19 itu terpakai untuk menghindar dari pelbagai penyakit termasuk virus Influenza.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
TUN DR. MOHD ALI MERIAHKAN MAJLIS SAMBUTAN AIDILFITRI UNIMEL
KUALA LINGGI 11 April - Yang di-Pertua Negeri, Tun Seri Setia Dr. Mohd Mohd Rustam hadir bagi memeriahkan Majlis Sambutan...
MELAKA ALU-ALUKAN LEBIH RAMAI PELABUR CHINA, MAHU JADI ‘SEMI INDUSTRIAL STATE’
AYER KEROH 11 April - Kerajaan Melaka amat mengalu-alukan kedatangan pelabur yang berpotensi khusus dari China, bagi merancakkan lagi pertumbuhan...
PENIAGA BURGER DIPENJARA TUJUH BULAN KERANA LARIKAN GADIS OKU
MELAKA 11 April - Seorang peniaga burger dijatuhi hukuman penjara tujuh bulan selepas mengaku bersalah di Mahkamah Majistret hari ini,...
PENGANGGUR DISYAKI CABUL GADIS SEDANG BERSENAM
AYER KEROH 11 April - Seorang lelaki yang juga penganggur ditahan polis selepas dipercayai mencabul seorang gadis dalam kejadian di...
KERAJAAN PERPADUAN SEMAKIN MATANG, SELESAI MASALAH RAKYAT
BUKIT KATIL 11 April - Selepas tiga tahun, pentadbiran Kerajaan Perpaduan yang diterajui Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, dilihat...
DUA MAUT, TIGA PARAH DALAM KEMALANGAN DI JOHOR BAHRU
JOHOR BAHRU 11 April - Dua maut manakala tiga lagi parah dalam kemalangan melibatkan sebuah kereta dan dua pacuan empat...