Kes COVID-19 Melaka kembali catat dua angka
AYER KEROH 15 April – Kes positif COVID-19 di Melaka kembali melonjak kepada dua angka apabila merekodkan pertambahan 53 kes baharu hari ini.
Kes itu disumbangkan Kluster Telok Mas membabitkan tahanan dan kakitangan sebuah penjara juvana.
“Daripada jumlah itu 45 kes adalah dari Kluster Telok Mas, satu kes Kluster Taman Malim Jaya, tiga kes Import B dan empat kes lain-lain saringan.
“Jumlah kes import B (luar Melaka) semakin bertambah di Melaka berpunca daripada aktiviti merentas negeri sekali gus menjadikan sebanyak 28 kes Import setakat hari ini,” kata kenyataan Jabatan Kesihatan Negeri.
Menurut kenyataan itu sebanyak 220 kes sedang dirawat di Hospital Melaka dengan dua kes di unit rawatan rapi (ICU) termasuk satu kes menggunakan bantuan alat bantuan pernafasan.
Selain itu sebanyak 6,609 kes sembuh telah direkodkan dan tiada kes kematian baharu.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related

Berita Lain
LELAKI MAUT, VAN TERBABAS REMPUH BESI PENGHADANG
ALOR GAJAH 12 Mac - Seorang lelaki maut manakala seorang lagi cedera dalam kemalangan membabitkan sebuah van di Kilometer 209.1...
AIDILFITRI: RAKYAT MELAKA DIGALAK DAFTAR APLIKASI ‘VSP’
AYER KEROH 12 Mac - Orang ramai khususnya penduduk di negeri ini disaran menggunakan aplikasi Volunteer Smartphone Patrol (VSP) bagi...
MPJ KONGSI REZEKI RAMADAN
JASIN 12 Mac - Majlis Perbandaran Jasin (MPJ) menyemarakkan bulan mulia ini dengan Program Kongsi Rezeki Ramadan 2025 berkonsepkan sumbangan...
MAIM ANJUR QIYAMUNNAHAR RAMADAN BERSAMA MUALAF
AYER KEROH 12 Mac - Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) menerusi Bahagian Balai Islam akan menganjurkan dua siri Program Qiyamunnahar...
KAUNTER ZAKAT FITRAH DALAM KOLEJ
JASIN 12 Mac - Kolej Komuniti Jasin (KKJS) mengambil langkah proaktif dengan menyediakan kaunter pungutan zakat fitrah di kolej berkenaan....
BOMBA MELAKA SASAR ‘RESPONSE TIME’ BAWAH 9 MINIT
JASIN 12 Mac - Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Negeri Melaka komited meningkatkan mereka perkhidmatan terutamanya dalam memendekkan tempoh...