
Kes COVID-19 global sudah melepasi 38 juta
NEW YORK, 14 Okt. – Kes COVID-19 global sudah melepasi angka 38 juta pada Selasa, lapor agensi berita Xinhua.
Menurut data Johns Hopkins University, jumlah kes global mencecah 38,006,121 dengan 1,083,875 kematian setakat 6.24 petang waktu tempatan (2224 GMT).
Amerika Syarikat melaporkan 7,850,829 kes dan 215,775 kematian, kedua-duanya tertinggi di dunia. India di tempat kedua dalam kes tertinggi dengan 7,175,880 kes dan Brazil ketiga sebanyak 5,103,408. Bagaimanapun, Brazil berada di kedudukan kedua tertinggi untuk jumlah korban iaitu 150,689 orang.
Ketiga-tiga negara berkenaan menyumbang lebih separuh daripada keseluruhan kes global.
Negara dengan lebih 820,000 kes termasuk Rusia, Colombia, Argentina, Sepanyol, Peru dan Mexico manakala negara yang mencatatkan kematian melebihi 36,000 ialah India, Mexico, Britain dan Itali. – BERNAMA
Views:
Related

Berita Lain
PERBADANAN KETUA MENTERI RAIKAN RAKAN STRATEGIK PADA MAJLIS RUMAH TERBUKA AIDILFITRI
AYER KEROH 24 April - Perbadanan Ketua Menteri Melaka (CMI) meraikan rakan strategik termasuk jabatan dan agensi Kerajaan Negeri berkaitan,...
RAYA AGENSI AGAMA ISLAM MELAKA MERIAH MACAM DULU-DULU
PENGKALAN BATU 24 April - Bagai mengembalikan nostalgia raya dulu-dulu, itu suasana kemeriahan Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri Agensi Agama...
‘ABANG RIDER’ BANTU POLIS CEKUP PERAGUT
AYER KEROH 24 April - Tindakan pantas sekumpulan penghantar makanan atau 'abang rider' membantu polis menahan seorang lelaki yang dipercayai...
SPM 2024: 10,532 CALON DI MELAKA LAYAK TERIMA SIJIL
AYER KEROH 24 April - Jumlah calon sekolah Kementerian Pendidikan di Negeri Melaka yang layak menerima sijil bagi peperiksaan Sijil...
TUJUH SEKOLAH LUAR BANDAR JASIN CATAT 100 PERATUS LULUS SPM 2024
AYER KEROH 24 April - Tujuh sekolah luar bandar di Daerah Jasin cemerlang, apabila merekodkan pencapaian 100 peratus layak menerima...
KEBOLEHPASARAN PELAJAR PENDIDIKAN KHAS MELAKA LEPASI KPI KEBANGSAAN
BANDARAYA MELAKA 24 April - Kebolehpasaran pelajar sekolah Pendidikan Khas Negeri Melaka tahun lalu membanggakan apabila berjaya melepasi petunjuk prestasi...