
Kes COVID-19 dunia lepasi 74 juta
NEW YORK 17 Dis. – Kes COVID-19 global mencecah 74,087,090 dengan 1,646,687 kematian di seluruh dunia setakat jam 6.28 petang waktu tempatan (2328 GMT), pada Rabu, lapor Agensi Berita Xinhua menurut data dikumpulkan Johns Hopkins University.
Amerika Syarikat (AS) melaporkan sejumlah 16,914,853 kes dan 307,064 kematian, kedua-duanya adalah tertinggi di dunia, diikuti India sebanyak 9,932,547 kes.
Sementara itu Brazil merekodkan 7,040.608 kes dan 183,735 kematian, kedua tertinggi di dunia.
Negara-negara dengan lebih 1.8 juta kes termasuk Rusia, Perancis, Turki, Britain dan Itali sementara negara yang mencatat lebih 52,000 kematian antaranya India, Mexico, Itali, Britain, Perancis dan Iran, menurut data itu.
Kes global mencecah 70 juta pada 11 Disember. Hanya mengambil masa lima hari untuk meningkatkan jumlah kes kepada 74 juta.
AS kekal sebagai negara paling teruk dijangkiti, menyumbang lebih 22 peratus kes global.
Pada Selasa, AS menambah 3,019 kematian, jumlah korban ketiga tertinggi sejak pandemik itu bermula. Ia juga menandakan hari ke-43 berturut-turut lebih 100,000 kes dilaporkan setiap hari sejak November.
— BERNAMA
Views:
Related


Berita Lain
BANTUAN SEGERA RM5,000 DAN RM2,500 UNTUK MANGSA KEBAKARAN – PM ANWAR
SUBANG JAYA 1 April - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan bantuan segera sebanyak RM5,000 kepada pemilik rumah yang...
UP TOWN PAYA RUMPUT BEROPERASI SELEPAS AIDILADHA
PAYA RUMPUT 1 April - Uptown Paya Rumput di perkarangan Stadium Hang Jebat, dijadualkan akan mula beroperasi pada Jun ini...
BAZAR IKONIK BANDA HILIR DITERUSKAN SETIAP TAHUN
PAYA RUMPUT 1 April - Kerajaan Negeri memutuskan bahawa penganjuran Bazar Ikonik Banda Hilir akan diadakan pada setiap tahun selepas...
RUMAH TERBUKA AIDILFITRI DUN PAYA RUMPUT JADI MEDAN PERPADUAN
PAYA RUMPUT 1 April - Tradisi rumah terbuka menjadi medan perpaduan masyarakat berbilang kaum dalam kalangan penduduk di Dewan Undangan...
PERTAHAN WARISAN KUIH LIDAH BUAYA
PANTAI KUNDOR 1 April - Lambakan pelbagai jenis kuih dan biskut raya moden masih tidak mampu menandingi kehebatan rasa dan...
REALISASI IMPIAN ANAK MUDA LEBARKAN PERNIAGAAN BAULU MACHAP JAYA
MACHAP JAYA 1 April - Bantuan peralatan membuat kuih antara yang akan diusahakan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Machap Jaya,...