
Kes COVID-19 di Tanjung Kling diklasifikasikan sebagai sporadik – Exco Kesihatan
AYER KEROH 8 Okt. – Jabatan Kesihatan Negeri Melaka masih menyiasat punca jangkitan satu kes COVID-19 yang berlaku di negeri ini, hari ini.
Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Anti Dadah negeri Rahmad Mariman berkata, disebabkan punca jangkitan masih belum dikenal pasti, kes berkenaan diklasifikasikan sebagai sporadik buat masa ini.
“Pihak Jabatan Kesihatan masih melakukan siasatan mengenai kes berkenaan kerana belum mengetahui dari mana punca jangkitan.
“Apa pun, tindakan telah diambil dengan menjalankan saringan ke atas semua kontak rapat dan kontak sosial individu berkenaan,” katanya ketika dihubungi Melaka Hari Ini.
Terdahulu, Melaka Hari Ini melaporkan terdapat pertambahan satu kes COVID-19 di Melaka Tengah iaitu di mukim Tanjung Kling.
Kes itu dikesan melalui saringan kemasukan pekerjaan yang telah dijalankan.
Views:
Related


Berita Lain
ANAK SAYA NAKAL SANGAT, TAK FOKUS DALAM KELAS…ADHD KE?
Oleh: DR ADAM AL-ANAS BIN MAT ALI Pakar Kanak-Kanak Putra Specialist Hospital Melaka PENGENALAN ADHD atau Attention Deficit Hyperactivity Disorder...
KOLEJ KOMUNITI JASIN INFAK RAMADAN
JASIN 30 Mac - Kolej Komuniti Jasin (KKJS) mengambil keberkatan bulan yang mulia ini dengan menganjurkan Program Fiesta Infaq Ramadan,...
KUMPUL ANAK PERANTAU PANTAI KUNDOR, RAI AIDILFITRI BERSAMA
PANTAI KUNDOR 30 Mac - Dewan Undangan Negeri (DUN) Pantai Kundor berhasrat untuk mengumpulkan anak-anak perantau kampung dalam satu majlis...
AIDILFITRI: ORANG MELAKA BERHEMAH DALAM BERBELANJA
DUYONG 30 Mac - Kurang beberapa jam menjelang sambutan Hari Raya Aidiltri, orang ramai dilihat berhemah ketika berbelanja untuk persiapan...
MELAKA KENAL PASTI PEMANDU ‘BAS PINK’ BERMASALAH
AYER LIMAU 30 Mac - Enggan insiden pemandu Program Transformasi Perkhidmatan Bas Henti-Henti (SBST), BAS.MY yang didakwa memandu secara berbahaya...
SEMARAK SYAWAL FAMA MELAKA SASAR NILAI JUALAN RM250,000
MERLIMAU 29 Mac - Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) menyasarkan nilai jualan RM250,000 menerusi penganjuran Program Semarak Syawal Peringkat Negeri...