Sorting by

×

Kes COVID-19 di Melaka menurun – Exco

Masa Membaca:1 Minit, 6 Saat

MERLIMAU 13 Dis – Jangkitan kes COVID-19 di Melaka menunjukkan penurunan positif sejak akhir-akhir ini, kata Exco Kesihatan Dr Muhamad Akmal Saleh.

Beliau berkata, setakat semalam hanya terdapat 150 kes berbanding lebih 200 pada hari sebelumnya.

Selain itu, katanya, jumlah pesakit di unit rawatan rapi (ICU) juga menunjukkan penurunan dengan 13 pesakit dan hanya dua memerlukan alat bantuan pernafasan.

Menurutnya lagi, R-Naught untuk kemasukan ke hospital atau Pusat Kuarantin Berisiko Rendah (PKRC) juga menunjukkan trend yang baik iaitu 0.5 untuk angka harian dan mingguan.

“Ia sekali gus memperlihatkan kejayaan kita untuk mengawal kes dan menepati sasaran R-Naught di bawah 1.3 di negeri ini.

“Setakat ini terdapat 12 kluster yang masih aktif dan daripada 12 hanya dua kluster menunjukkan terdapat kes baharu iaitu Kluster Industri Jalan PK 32 dan Kluster Pulau Gadong,” katanya dalam sidang media di Japerun Merlimau, hari ini.

Muhamad Akmal berkata, kluster yang masih aktif di negeri ini ialah membabitkan enam kluster kilang, satu tempat kerja (bukan kilang), satu kumpulan berisiko dan empat membabitkan kluster pendidikan.

Mengulas mengenai kluster pendidikan, beliau berkata ia membabitkan institusi pendidikan di Pulau Gadong, Lubok Redan, Jalan Chin Chin dan Hang Tuah Jaya.

Bagaimanapun, katanya, kesemua kluster itu kini terkawal dan tidak melibatkan sebarang peningkatan jangkitan secara mendadak.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

513
Kongsi :
Previous post Lebih 22,000 permohonan Bantuan Khas COVID-19 dilulus dengan peruntukan RM28.6j
Next post Sektor pembuatan di Melaka akan terus diperkukuh – KM
Ubah saiz-+=