
Kes bunuh di Tawau: Reman lapan anggota polis dilanjut seminggu
TAWAU, 1 Feb – Tempoh reman lapan anggota polis termasuk empat pegawai kanan bagi membantu siasatan kes bunuh pemandu e-hailing di sebuah ladang sawit di sini pada 13 Jan lepas, dilanjutkan tujuh hari lagi bermula esok.
Majistret Dzul Elmy Yunus membenarkan permohonan lanjutan reman oleh polis pada prosiding di Ibu Pejabat Polis Daerah Tawau di sini hari ini.
Sebelum ini mereka direman selama tujuh hari yang berakhir hari ini bagi membantu siasatan kes mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
Semalam, Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Idris Abdullah dilapor berkata kes bunuh itu bermotifkan cemburu dan lebih bersifat peribadi serta tidak melibatkan isu keselamatan di Sabah.
Pada 30 Jan lepas, seorang penganggur, Nurima Juli, 33, didakwa di Mahkamah Majistret Tawau atas pertuduhan membunuh Nurman Bakaratu, 61, di ladang sawit berhampiran Jalan Anjur Juara, Jalan Apas, Batu 5, di sini antara 7.30 hingga 9 malam, 13 Jan lepas.
— BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
BERGELUT BANTU POLIS TANGKAP PERAGUT, ENAM ‘RIDER’ TERIMA PENGHARGAAN
AYER KEROH 28 April - Enam penunggang p-hailing menerima surat penghargaan daripada Ketua Polis Melaka, atas jasa mereka membantu polis...
MARKAS ‘JOB SCAM’ DISERBU, LIMA LELAKI DITAHAN
AYER KEROH 28 April - Polis Melaka menyerbu sebuah unit kondominium di Ayer Keroh, di sini, kerana disyaki dijadikan markas...
LELAKI MAUT MOTOSIKAL REMPUH KERETA DI CHENG
PAYA RUMPUT 28 April - Penunggang motosikal meninggal dunia ketika sedang dirawat, hampir satu jam selepas terbabit kemalangan dengan sebuah...
WTD, WTC 2025: MELAKA PERKENAL PAKEJ KHAS PELANCONGAN
SERI NEGERI 28 April - Pakej khas pelancongan akan diperkenalkan Kerajaan Negeri pada sesi pra pelancaran Hari Pelancongan Sedunia (WTC)...
TAK SEMPAT TAMATKAN PERLUMBAAN DI LITAR, GURU DISAHKAN MAUT AKIBAT SERANGAN JANTUNG
DURIAN TUNGGAL 28 April - Seorang guru lelaki disahkan meninggal dunia ketika sedang menerima rawatan, kira-kira lima jam selepas mengalami...
MELAKA SASAR JADI PUSAT RUJUKAN TVET NEGARA – AB RAUF
SERI NEGERI 28 April - Melaka menyusun strategi bagi mencapai hasrat menjadikan negeri ini sebagai Pusat Pendidikan dan Latihan Teknikal...