
Kes basikal lajak: Kerani wanita dibebaskan dengan jaminan sementara rayuan didengar
Panel tiga hakim Mahkamah Rayuan yang diketuai Datuk P. Ravinthran bersama-sama Datuk Lee Heng Cheong dan Datuk Mohd Nazlan Mohd Ghazali membenarkan permohonan Sam Ke Ting, 27, untuk menangguhkan pelaksanaan hukuman penjara enam tahun dan denda RM6,000 yang dijatuhkan Mahkamah Tinggi.
Mahkamah hari ini juga membenarkan permohonan Sam yang memakai baju kurung biru itu untuk merayu terhadap keputusan Mahkamah Tinggi Johor Bahru pada 13 April lepas.
Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Abu Bakar Katar yang menjatuhkan hukuman itu ke atas Sam turut memerintahkan wanita itu dipenjara enam bulan jika gagal membayar denda serta hilang kelayakan lesen memandu selama tiga tahun sebaik menjalani tempoh pemenjaraan.
Mahkamah itu memutuskan demikian selepas membenarkan rayuan pendakwaan bagi mengetepikan keputusan Mahkamah Majistret pada 10 Okt tahun lepas, yang melepaskan dan membebaskan wanita itu daripada pertuduhan berkenaan. – BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
JUMLAH MANGSA BANJIR DIJANGKA MENINGKAT
MERLIMAU 6 Mac - Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Melaka menjangkakan jumlah mangsa terjejas banjir di negeri ini akan meningkat...
RELA JUAL RUMAH ASALKAN ANAK SIHAT
KESIDANG 6 Mac - Berkira-kira untuk menjual kediaman kini menjadi tempat berteduh, antara ikhtiar akhir pasangan ini demi melihat puteri...
DUA INDIVIDU RUGI LEBIH RM400,000 DITIPU SINDIKET PELABURAN TIDAK WUJUD
KUANTAN 6 Mac - Polis mengesahkan seorang akauntan dan pesara guru menjadi mangsa sindiket pelaburan tidak wujud yang menjanjikan keuntungan...
KERAJAAN NEGERI JAMIN KESELESAAN MANGSA BANJIR DI PPS
MERLIMAU 6 Mac - Kerajaan Negeri memberi jaminan semua pusat pemindahan sementara (PPS) di negeri ini diuruskan dengan baik bagi...
IBU DAN BAYI 21 HARI TERPAKSA BERPANTANG DI PPS
MERLIMAU 6 Mac - Seorang wanita terpaksa berpantang di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Dang Anum...
LELAKI DIREMAN TIGA HARI BANTU SIASATAN KES PENEMUAN PELURU
GEORGE TOWN 6 Mac - Seorang lelaki direman tiga hari bermula hari ini bagi membantu siasatan penemuan beg mengandungi lebih...