
Kes baharu COVID menurun ke 16,840
KUALA LUMPUR 30 Julai- Kes baharu positif COVID-19 hari ini sedikit menurun dengan 16,840 setelah dua hari berturut-turut merekodkan angka melebihi 17,000.
Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah menerusi ciapan di Twitter berkata, jumlah kumulatif kes dalam negara kini meningkat kepada 1,095,486.
Selangor kekal menjadi negeri mencatatkan pertambahan kes tertinggi iaitu 6,092 kes, diikuti Kuala Lumpur dengan 2,114 kes.
“Selain itu, Kedah merekodkan 1,281 kes; Johor (1,104); Negeri Sembilan (1,079); Sabah (1,066); Perak (810); Pulau Pinang (689 ); Kelantan (656); Melaka (581); Pahang (540); Sarawak (450); Terengganu (258) ,” katanya.
Putrajaya pula merekodkan kes sebanyak 100 diikuti Perlis (13), manakala Labuan (tujuh).
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related

Berita Lain
MASIH ADA YANG SAYANG ‘ANAK-ANAK SYURGA’
MACHAP JAYA 14 Mac - Wakil Rakyat dari lima Dewan Undangan Negeri (DUN) Parlimen Alor Gajah mencipta kelainan apabila memilih...
MAIM, PERKESO PERKUKUH SINERGI PASTIKAN SALURAN BANTUAN LEBIH EFEKTIF
AYER KEROH 14 Mac - Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) memperkukuh kerjasama strategik melalui Program Social Synergy bagi memastikan bantuan...
‘ZARUL SOLO’ SAMUN KEDAI EMAS DITAHAN
MELAKA, 14 Mac - Polis menahan seorang penganggur digelar 'Zarul Solo' yang dipercayai terbabit dalam kes samun barang kemas melibatkan...
SANTUNI, CERIAKAN RAKYAT SETIAP KALI MUSIM PERAYAAN
LENDU 14 Mac - Menyantuni rakyat dalam kalangan golongan kurang berkemampuan khususnya setiap kali tiba musim perayaan sentiasa menjadi keutamaan...
KOMPAUN RM250, JIKA TIADA SUNTIKAN TIFOID – MBMB
AYER KEROH 14 Mac - Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) teragak-agak untuk mengeluarkan kompauan kepada mana-mana peniaga Pasar Ramadan dikesan...
SINAR AIDILFITRI BUAT 264 WARGA PAYA RUMPUT, SUNGAI UDANG
SUNGAI UDANG 14 Mac - Seramai 264 warga Dewan Undangan Negeri (DUN) Paya Rumput dan Sungai Udang menerima sumbangan Aidilfitri...