
Kertas siasatan Long Tiger lari dari lokap mahkamah hampir siap – Ayob Khan
JOHOR BAHRU, 31 Dis – Kertas siasatan membabitkan kes ‘Long Tiger’, lelaki etnik Rohingya yang melarikan diri dari lokap Mahkamah Majistret Tangkak baru-baru ini, hampir siap.
Ketua Polis Johor Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay berkata setakat ini jumlah tangkapan melibatkan kes Long Tiger atau nama sebenarnya Abdul Hamim Ab Hamid, 32, melarikan diri dari lokap mahkamah itu kekal empat orang.
Beliau berkata demikian pada sidang media selepas program Santai Cycle Persatuan Keluarga Polis (Perkep) Johor di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Johor di sini hari ini.
Abdul Hamim dan tiga lelaki berumur 36 hingga 46 tahun direman empat hari bermula Rabu bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 223/224 Kanun Keseksaan, selepas Abdul Hamim dilaporkan melarikan diri dari lokap mahkamah itu pada 15 Dis lepas, sebelum perbicaraan kesnya bermula.
Selain Seksyen 388 Kanun Keseksaan kerana pemerasan, Abdul Hamim juga masih berdepan dua perbicaraan bagi pertuduhan di bawah Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana merogol serta Seksyen 506 kanun sama kerana mengugut dan mengurung bekas pekerjanya. – BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
‘SYURGA’ KUIH RAYA RM10 DI KAMPUNG GANGSA
DURIAN TUNGGAL 6 Mac - Memulakan langkah dengan niat membantu golongan asnaf menjana pendapatan mendorong ibu kepada tiga anak membuka...
BANJIR: PPS SMK DANG ANUM, JASIN DIBUKA
AYER KEROH 6 Mac - Sebuah pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Dang Anum, Jasin, susulan...
HUJAN BERTERUSAN, BEBERAPA KAWASAN DINAIKI AIR
AYER KEROH 5 Mac - Hujan lebat berterusan sejak 6 pagi tadi menyebabkan beberapa lokasi dan laluan sekitar Bandaraya Melaka...
BUFET RAMADAN HOTEL DI MELAKA SELAMAT, TIADA YANG DIARAH TUTUP
AYER KEROH 6 Mac - Exco Kesihatan, Sumber Manusia dan Perpaduan negeri Datuk Ngwe Hee Sem menafikan laporan mengaitkan penutupan...
KETUA MENTERI PRIHATIN NASIB ASNAF, INSTITUSI AGAMA DI TANJUNG BIDARA
TANJUNG BIDARA 6 Mac - Kebajikan asnaf dan institusi masjid serta surau dalam kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Tanjung Bidara...
JAIM PANTAU ‘PORT’ KAKI PONTENG PUASA
AYER KEROH 6 Mac - Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) melakukan pemantauan di beberapa premis makanan yang dipercayai menjual makanan...