
Kertas kerja UniMel dibentang hujung Ogos ini
AYER KEROH 22 Ogos – Kertas kerja pembinaan Universiti Melaka (UniMel) akan dibentangkan kepada Kementerian Pengajian Tinggi(KPT) menjelang hujung bulan ini.
Pengerusi Jawatankuasa di Jabatan Ketua Menteri (Pendidikan, Pengajian Tinggi Teknikal dan Vokasional Sains dan Inovasi) negeri Datuk Noor Effandi Ahmad berkata, kerajaan negeri sedang merangka kertas kerja berkenaan susulan diberi tempoh sebulan bagi menyiapkan segala kriteria yang ditetapkan kementerian.
Katanya, sebaik ia dibentangkan penghujung bulan ini segala ketetapan akan diusulkan semula kementerian dengan pelbagai pertimbangan bagi membangunkan universiti berkenaan.
“UniMel yang bakal menggantikan Kolej Universiti Islam Melaka (KUIM) akan dibangunkan bagi memperkembangkan taraf sistem pengajian tinggi di negeri ini.
“Pelbagai aspek piawaian perlu di ambil kira bagi menaik taraf KUIM menjadi universiti penuh yang sekali gus mampu mengembangkan pelbagai kajian dan akademik di kawasan terbabit.
“Perkara ini mampu memberi peluang Melaka menjadi sebuah negeri pendidikan yang menjadi gerbang akademik sekali gus melahirkan lebih banyak golongan cendekiawan di Melaka,” katanya ketika dihubungi.
Views:
Related


Berita Lain
KAUNTER ZAKAT FITRAH DALAM KOLEJ
JASIN 12 Mac - Kolej Komuniti Jasin (KKJS) mengambil langkah proaktif dengan menyediakan kaunter pungutan zakat fitrah di kolej berkenaan....
BOMBA MELAKA SASAR ‘RESPONSE TIME’ BAWAH 9 MINIT
JASIN 12 Mac - Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Negeri Melaka komited meningkatkan mereka perkhidmatan terutamanya dalam memendekkan tempoh...
ASAM PEDAS TETEL PENGGANTI BUBUR LAMBUK
KLEBANG 12 Mac - Penduduk Kampung Balik Buloh, Klebang Besar memecahkan tradisi, apabila menjadikan asam pedas sebagai pengganti bubur lambuk...
TUJUH DEKAD PERZIM LESTARI WARISAN, PERKUKUH IDENTITI BANGSA
AYER KEROH 12 Mac - Selama tujuh dekad, Perbadanan Muzium Melaka (PERZIM) memainkan peranan besar sebagai sebuah institusi yang bukan...
AGIHAN 6,000 KUPON E-DOMPET DI PASAR RAMADAN TAMAN SERI DUYONG
AYER KEROH 12 Mac - Orang ramai berkunjung ke Pasar Ramadan Rahmah Taman Seri Duyong dari 11 hingga 15 Mac...
PENSYARAH UITM MAUT MOTOSIKAL REMPUH LORI
JASIN 11 Mac - Pensyarah Universiti Teknologi Mara (UiTM) Cawangan Jasin maut selepas motosikal ditungang terbabit kemalangan dengan sebuah lori...