Kerosakan kabel punca bekalan elektrik di Jambatan Pulau Pinang terputus
GEORGE TOWN 3 Okt – PLUS Malaysia Bhd (PLUS) hari ini memaklumkan kerosakan kabel di KM138 Jambatan Pulau Pinang yang menghubungkan bahagian pulau dan Seberang Perai telah menyebabkan bekalan elektrik terputus di jambatan dan plaza tol, Jumaat lepas.
Ketua Perhubungan Libat Urus Strategik PLUS Syed Mohammed Idid berkata kabel itu bagaimanapun berjaya dibaiki dan bekalan elektrik pulih sepenuhnya pada 3.19 pagi tadi.
“Keselamatan pelanggan adalah keutamaan nombor satu kami (PLUS) dan kami akan melakukan segala yang perlu bagi memastikan keselesaan di sepanjang perjalanan anda,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau berkata untuk maklumat terkini mengenai keadaan trafik, pelanggan lebuh raya dinasihatkan untuk mengikuti Twitter PLUS Trafik atau melalui aplikasi PLUS.
Semalam, PLUS memaklumkan Jambatan Pulau Pinang mengalami gangguan bekalan elektrik sejak Jumaat dan kerja-kerja membaik pulih sedang dilakukan bagi memulihkan situasi secepat mungkin.
Gangguan yang berlaku pada 8.23 malam itu turut menjejaskan kawasan sekitar pulau dan Seberang Jaya yang menghubungkan jambatan itu dan PLUS memohon maaf atas kesulitan tersebut.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related
Berita Lain
BACA, HAYATI DAN AMALKAN ISI AL-QURAN
AYER KEROH 18 Disember - Al-Quran sebagai panduan kepada seluruh umat Islam yang diturunkan kepada Nabi Muhammad SAW bukan sekadar...
LALUAN BERLIKU, PANORAMA MEMUKAU JADI TARIKAN RALLY OF ASAHAN
ASAHAN 18 Disember - Rally Of Asahan yang berlangsung Sabtu dan Ahad ini bukan sekadar sebuah perlumbaan kereta tetapi lebih...
SPRM REMAN WANITA BANTU SIASATAN KES RASUAH GELARAN DATUK SERI
MELAKA, 18 Dis - Seorang wanita berusia 46 tahun, yang juga pemilik syarikat swasta di Selangor, direman enam hari bermula...
PENIAGA PAKAIAN DIREMAN BANTU SIASATAN KES CABUL
AYER KEROH 18 Disember - Peniaga pakaian warga Kemboja ditahan polis selepas didakwa mencabul seorang wanita yang juga pelanggannya dalam...
KEMBIRI KUCING DI DEWAN BUKIT BERUANG PADA 27 DISEMBER INI
AYER KEROH 18 Disember - Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya (MPHTJ) bakal menganjurkan Program Kembiri Kucing di Dewan Bukit Beruang...
MPAG MEMBUDAYAKAN AMALAN KITAR SEMULA
ALOR GAJAH 18 Disember - Majlis Perbandaran Alor Gajah (MPAG) terus komited dalam memupuk budaya kitar semula di sekitar Alor...