KERJASAMA SILANG BUDAYA PROMOSI MELAKA-SARAWAK

Masa Membaca:1 Minit, 17 Saat

KUALA LUMPUR 8 Oktober -Televisyen wilayah pertama negara, TV Sarawak (TVS) sedia untuk bekerjasama dengan Kerajaan Negeri dalam perkongsian maklumat bagi mempromosikan pelbagai aspek membabitkan Melaka dan Sarawak.

Ketua Pegawai Eksekutif Sarawak Media Group Sdn Bhd (SMG), Kushairi Abang berkata, kertas cadangan atau Memorandum Persefahaman (MoU) berhubung perkara itu juga sedang dalam proses untuk disiapkan.

Jelasnya, antara perkongsian maklumat bakal diberikan penekanan adalah dalam aspek sejarah, warisan dan pelancongan.

Menurutnya, perkongsian itu buka sahaja menguntungkan kedua-dua belah pihak, sebaliknya mengangkat martabat warisan Negeri Melaka  dan  Sarawak untuk dipromosikan ke seluruh Malaysia

“Apabila jalinan ini terbentuk hubungan antara Kerajaan Negeri Melaka dan Sarawak akan terus bertambah erat, jadi kita boleh bertukar-tukar kandungan, berita dan sebagainya.

“Dalam aspek silang budaya banyak persamaan antara Melaka dan  Sarawak, seperti etnik Baba dan Nyonya. Insya-Allah, susulan lawatan SMG ke  Melaka minggu lalu kami akan mengusulkan kertas cadangan ini untuk di pertimbangan Kerajaan Negeri Melaka supaya kerjasama ini dapat diutuhkan,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada Melaka Hari Ini selepas mengetuai sesi pembentangan dan ramah mesra dalam program TVS Spotlight diadakan di Auditorium Nexus@Bangsar South, di sini hari ini.

Hadir sama, Pengerusi SMG, Datuk Norhayati Mohd Ismail.

Terdahulu, program bersempena meraikan ulang tahun ke-4 TVS itu menghimpunkan kira-kira 500 pengamal media dan seni kreatif daripada pelbagai agensi.

Kushairi, menyatakan keyakinan MoU yang bakal dijalinkan bakal membawa impak positif terutama dalam pembangunan ekonomi antara kedua buah negeri.

“Selain perkongsian kandungan berita ia mampu mempromosikan sektor pelancongan antara kedua negeri.,” katanya

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

29
Kongsi :
Previous post BAYI DITEMUKAN DALAM KOTAK DI PENDANG
Next post SEGERAKAN PEMBERSIHAN, PENYELENGGARAAN LONGKANG
Ubah saiz-+=