Kerjasama Majlis TVET, TAPEM galak anak Melaka ikuti kursus kemahiran

Masa Membaca:1 Minit, 0 Saat

AYER KEROH 29 Mac – Majlis Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) Negeri Melaka akan bekerjasama dengan Tabung Amanah Pendidikan Negeri Melaka (TAPEM) bagi membantu anak Melaka luar bandar tidak ditawarkan tempat ke institusi pengajian tinggi (IPT) menyambung pengajian dalam bidang kemahiran.

Pengerusi Majlis TVET negeri, Datuk Khaidhirah Abu Zahar berkata kerjasama itu juga mampu memartabatkan dan memperkasakan kemahiran TVET dalam kalangan anak Melaka.

Katanya, selain itu anak-anak Melaka yang berpotensi tidak keciciran untuk mendapat manfaat pendidikan terutama dalam bidang TVET.

“Kerjasama kedua-dua pihak ini adalah khusus untuk anak-anak tinggal di luar bandar, beri peluang kedua kepada mereka, mungkin keputusan peperiksaan mereka tidak berapa memberangsangkan.

“Kita bagi galakkan kepada mereka untuk ‘enrol’ dalam program TVET pula, jadi kita tengok bagaimana kita boleh adakan kerjasama (bersama TAPEM) yang lebih baik,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas ditemui pemberita pada Program Townhall Ketua Menteri Melaka Bersama Mahasiswa Anak Melaka di Masjid Al-Alami, MITC di sini, semalam

Majlis itu dihadiri Ketua Menteri, Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh dan Pengurus Besar TAPEM, Abdul Aziz Baba serta 117 mahasiswa terdiri daripada anak Melaka yang melanjutkan pengajian di 15 IPT awam seluruh Malaysia.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

191
Kongsi :
Previous post Kesedaran letak tanda harga meningkat dalam kalangan peniaga bazar di Melaka
Next post Bas terbalik di lebuh raya: Dua maut, 13 cedera
Ubah saiz-+=