Kerja-kerja pengorekan, selenggara jalan di Melaka dihentikan sementara
Masa Membaca:29 Saat
AYER KEROH 21 Oktober – Kerja-kerja pengorekan dan penyelenggaraan jalan di negeri ini dihentikan sementara bermula hari ini (21 Oktober) hingga 26 Oktober ini.
Exco Kerja Raya, Pengangkutan, Kemudahan Awam, Infrastruktur dan Pengurusan Banjir Negeri Datuk Rahmad Mariman berkata, ketetapan itu dilakukan bertujuan mengelakkan sebarang gangguan dan kesesakan lalu lintas semasa perayaan Deepavali yang disambut 24 Oktober ini.
“Sehubungan dengan itu, dimohon kepada pihak berkaitan untuk memberikan kerjasama dengan ketatapan ini bagi mengelakkan sebarang kesulitan.
“Diharap perkara ini mendapat perhatian dan tindakan yang sewajarnya,” katanya dalam satu kenyataan.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
3712