Kereta terbabas langgar pagar Istana Besar
JOHOR BAHRU, 3 Jun – Sebuah kereta jenis Toyota Vios dipandu seorang lelaki berusia 25 tahun terbabas lalu melanggar pagar Istana Besar di sini, semalam.
Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan ACP Raub Selamat berkata kejadian kira-kira pukul 3 petang itu berlaku akibat permukaan jalan raya yang licin.
“Lelaki itu memandu kereta berseorangan. Keretanya terbabas sendiri tanpa membabitkan kenderaan lain dan dia tidak mengalami sebarang kecederaan.
“Siasatan juga mendapati pemandu tidak berada dalam keadaan mabuk dan saringan ujian air kencing yang dibuat ke atas lelaki itu juga negatif dadah,” katanya ketika dihubungi hari ini.
Beliau berkata pemandu tersebut dibebaskan dengan jaminan polis dan kes disiasat mengikut Seksyen 43 Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Terdahulu, tular beberapa keping gambar dan satu video berdurasi tiga saat memaparkan sebuah kereta merempuh pagar istana sehingga mengakibatkan pagar tersebut mengalami kerosakan. – BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related
Berita Lain
TANGANI 4 ‘HOTSPOT’ BANJIR DI PANTAI KUNDOR
PANTAI KUNDOR 10 Januari - Usaha menangani pemasalahan banjir di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Pantai Kundor terus diberi perhatian...
MACAM-MACAM ADA SEMPENA ULANG TAHUN KE-18 PERBANDARAN JASIN
JASIN 10 Januari - Majlis Perbandaran Jasin (MPJ) menyediakan pelbagai program dan aktiviti sempena Sambutan Ulang Tahun Ke-18 Perbandaran Jasin...
MALIM JAYA LOKASI SAMBUTAN TAHUN BARU CINA MELAKA 2025
KESIDANG 9 Januari - Sambutan Tahun Baharu Cina Peringkat Negeri Melaka Tahun 2025 akan diadakan di Jalan Rahmat 4, Taman...
KERAJAAN MELAKA CAKNA PROGRAM PENDIDIKAN KHAS
AYER KEROH 9 Januari - Kemudahan infrastruktur dan fasiliti yang lengkap membantu kepada pemangkin dalam memperhebatkan sektor pendidikan di Melaka...
MENANGANI ‘KETEGANGAN MATA DIGITAL’
Oleh: Dr. Navpreet Sidhu Pakar Bedah Mata Putra Specialist Hospital Melaka PADA zaman kini, ketegangan mata digital atau lebih dikenali...
PEMANDU LORI PARAH, DUA CEDERA DALAM NAHAS DI KM 178.5
JASIN 9 Januari - Seorang parah, manakala dua lagi cedera ringan dalam nahas membabitkan dua buah lori dan sebuah kenderaan...