
Kereta rentung, pemandu selamat
PENGKALAN BATU 26 Januari – Pemuda 29 tahun sempat menyelamatkan diri selepas kereta dipandu terbakar sejurus terbabit kemalangan di Lebuh Alor Gajah-Melaka Tengah-Jasin (AMJ) berhampiran Melaka Sentral, di sini, jam 9.30 pagi tadi.
Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Melaka Tengah Pegawai Bomba Kanan (PBK) II, Khairudin Atan berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian daripada orang ramai pada jam 9.59 pagi.
Kahrudin berkata susulan maklumat diterima sebuah jentera bomba bersama enam anggota bergegas ke lokasi kejadian.
“Setibanya di lokasi kejadian, kami mendapati sebuah Toyota Vios sedang terbakar namun tiada mangsa dalam kenderaan.
“Kami dimaklumkan, pemandu terbabit sempat menyelamatkan diri sebelum kenderaan itu terbakar. Difahamkan, sebelum terbakar kenderaan itu terbabas lalu melanggar pembahagi jalan,” katanya.
Menurutnya, operasi mengambil masa kira-kira 30 minit sebelum kebakaran dapat dipadamkan sepenuhnya.
“Kebakaran itu mengakibat Toyota Vios terbabit musnah kira-kira 95 peratus selain tidak membabitkan kenderaan lain.
“Selepas api berjaya dipadam sepenuhnya dan memastikan tiada sebarang kemerbahayaan lain, pasukan bomba kemudian bergerak pulang ke balai,” katanya.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
AIDILFITRI: RAKYAT MELAKA DIGALAK DAFTAR APLIKASI ‘VSP’
AYER KEROH 12 Mac - Orang ramai khususnya penduduk di negeri ini disaran menggunakan aplikasi Volunteer Smartphone Patrol (VSP) bagi...
MPJ KONGSI REZEKI RAMADAN
JASIN 12 Mac - Majlis Perbandaran Jasin (MPJ) menyemarakkan bulan mulia ini dengan Program Kongsi Rezeki Ramadan 2025 berkonsepkan sumbangan...
PENGASUH DIDAKWA BUNUH KANAK-KANAK PEREMPUAN TIGA TAHUN
KUANTAN, 12 Mac - Seorang pengasuh didakwa di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan membunuh seorang kanak-kanak perempuan...
MAIM ANJUR QIYAMUNNAHAR RAMADAN BERSAMA MUALAF
AYER KEROH 12 Mac - Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) menerusi Bahagian Balai Islam akan menganjurkan dua siri Program Qiyamunnahar...
KAUNTER ZAKAT FITRAH DALAM KOLEJ
JASIN 12 Mac - Kolej Komuniti Jasin (KKJS) mengambil langkah proaktif dengan menyediakan kaunter pungutan zakat fitrah di kolej berkenaan....
BOMBA MELAKA SASAR ‘RESPONSE TIME’ BAWAH 9 MINIT
JASIN 12 Mac - Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Negeri Melaka komited meningkatkan mereka perkhidmatan terutamanya dalam memendekkan tempoh...