
Kereta rempuh tiang elektrik, pekerja kilang cedera
AYER KEROH 21 Januari – Seorang pekerja kilang cedera selepas kereta dipandunya merempuh tiang elektrik dipercayai akibat terlelap dalan kejadian di Jalan Munshi Abdullah, hari ini.
Ketua Polis Daerah Melaka Tengah Asisten Komisioner Christopher Patit berkata, kejadian berlaku kira-kira jam 7.30 pagi ketika pemandu kereta berusia 26 tahun itu dalam perjalanan pulang ke rumahnya.
Katanya, sebelum kejadian mangsa dalam perjalanan dari arah Pengkalan Rama menghala ke Jalan Hang Tuah.
“Pemandu kereta terbabit difahamkan dalam perjalanan ke rumahnya dari tempat kerja dan setibanya di lokasi dia dipercayai terlelap.
“Akibat daripada itu kereta dipandunya kemudian terbabas ke kiri lalu merempuh tiang elektrik yang terletak dibahu jalan,” katanya.
Christopher berkata, akibat kemalangan itu pemandu kereta mengalami kecederaan ringan dibahagian tangan sebelum dihantar ke Hospital Melaka untuk rawatan lanjut.
“Kemalangan itu tidak membabitkan kenderaan lain mahupun kerosakan premis selain pihak Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) sudah dihubungi bagi memaklumkan kejadian selain untuk tindakan baik pulih.
“Justeru itu kes disiasat mengikut RULE 10 LN 166/59,” katanya.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
JUMLAH MANGSA BANJIR DIJANGKA MENINGKAT
MERLIMAU 6 Mac - Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Melaka menjangkakan jumlah mangsa terjejas banjir di negeri ini akan meningkat...
RELA JUAL RUMAH ASALKAN ANAK SIHAT
KESIDANG 6 Mac - Berkira-kira untuk menjual kediaman kini menjadi tempat berteduh, antara ikhtiar akhir pasangan ini demi melihat puteri...
DUA INDIVIDU RUGI LEBIH RM400,000 DITIPU SINDIKET PELABURAN TIDAK WUJUD
KUANTAN 6 Mac - Polis mengesahkan seorang akauntan dan pesara guru menjadi mangsa sindiket pelaburan tidak wujud yang menjanjikan keuntungan...
KERAJAAN NEGERI JAMIN KESELESAAN MANGSA BANJIR DI PPS
MERLIMAU 6 Mac - Kerajaan Negeri memberi jaminan semua pusat pemindahan sementara (PPS) di negeri ini diuruskan dengan baik bagi...
IBU DAN BAYI 21 HARI TERPAKSA BERPANTANG DI PPS
MERLIMAU 6 Mac - Seorang wanita terpaksa berpantang di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Dang Anum...
LELAKI DIREMAN TIGA HARI BANTU SIASATAN KES PENEMUAN PELURU
GEORGE TOWN 6 Mac - Seorang lelaki direman tiga hari bermula hari ini bagi membantu siasatan penemuan beg mengandungi lebih...