Kereta mewah tergelincir masuk sungai

Masa Membaca:1 Minit, 1 Saat

MELAKA TENGAH 20 Julai – Seorang peniaga kafe terselamat apabila kereta mewah dipandunya terbabas masuk ke dalam Sungai Nibong di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Christopher Patit berkata siasatan awal dalam kejadian pada jam 4.20 petang itu mendapati lelaki berusia 37 tahun itu dalam perjalanan dari arah Batu Berendam menghala ke Taman Kerjasama, Bukit Beruang melalui jalan Sungai Nibong.

Katanya, ketika kejadian lelaki terbabit memberi laluan kepada kenderaan yang datang dari arah bertentangan sebelum kereta dipandunya merapati bahu jalan.

KERETA mewah jenis Mercedes Benz yang terjunam dalam Sungai Nibong. Foto ihsan PDRM

“Ketika dia rapat ke bahu jalan, kereta dipandunya tergelincir masuk ke dalam sungai namun dia sempat keluar dari kereta terbabit untuk menyelamatkan diri,” katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Mengulas lanjut, beliau berkata, siasatan lanjut di lokasi kejaedian mendapati jalan terbabit lurus dan tiada garisan jalan manakala keadaan cuaca baik serta tidak hujan.

Katanya, kes itu disiasat mengikut Peraturan 10 Kaedah-Kaedah Lalulintas Jalan 1959 (Rule 10 LN 166/59).

Terdahulu, tular di laman sosial memaparkan video berdurasi 1 minit 21 saat sebuah kereta terjunam ke dalam sebuah sungai.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

2092
Kongsi :
Previous post Gara-gara bersalam tidak pandang muka, lelaki tampar jemaah masjid
Next post Ketua Pendakwa Syarie tidak teruskan pertuduhan terhadap Siti Nuramira
Ubah saiz-+=