
Kereta mewah antara tiga kenderaan musnah dalam kebakaran
DURIAN TUNGGAL 27 September – Penghuni sebuah rumah teres dua tingkat di Taman Angkasa Nuri, di sini, berdepan detik cemas apabila berlaku kebakaran awal pagi tadi.
Kebakaran melibatkan bahagian hadapan rumah itu turut memusnahkan tiga kenderaan, termasuk sebuah kereta mewah.
Menurut jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Melaka, pihaknya menerima panggilan pada jam 1.45 pagi dan tiba di lokasi 10 minit kemudian.
Seramai 10 anggota digerakkan ke lokasi bagi melakukan pemadaman yang mengambil masa kira-kira 30 minit.
“Kebakaran itu menyebabkan rumah teres dua tingkat berkeluasan 22×70 kaki persegi itu terbakar 30 peratus.
“Ia turut menyebabkan tiga buah kenderaan yang diletakkan di hadapan rumah musnah terbakar 100 peratus iaitu melibatkan sebuah kereta BMW 3 Siri, Honda Civic dan sebuah motosikal Yamaha NVX155.
“Selain itu, api yang marak turut menyebabkan sebuah kereta Honda CRV milik mangsa yang diletakkan di luar rumah terbakar 15 peratus,” katanya.

Menurut JBPM Melaka, operasi itu tamat pada jam 2.58 pagi.
Punca kebakaran dan anggaran kerugian masih dalam siasatan.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
KETUA POLIS BALAI DITAHAN POSITIF DADAH BAKAL BERDEPAN TINDAKAN TATATERTIB
KUALA LUMPUR 21 April - Seorang ketua polis balai yang ditahan kerana disyaki mengambil dadah ketika berada di sebuah pusat...
19 PELAJAR KOLEJ KOMUNITI KOTA MELAKA PAMER KEMAHIRAN DANDAN RAMBUT
BANDA HILIR 21 April - Seramai 19 pelajar Diploma Dandanan Rambut Kolej Komuniti Kota Melaka mempamerkan kemahiran dandanan rambut, solekan...
POLIS MELAKA KOMITED BANTERAS SINDIKET MINTA SEDEKAH, JUAL KEREPEK
AYER KEROH 21 April - Polis Melaka komited membanteras sindiket meminta sedekah dan menjual kerepek khususnya di kaki lima bank...
JALAN BAHARU TAMBAK PAYA KE LEBUH AMJ STRATEGI PENYURAIAN TRAFIK
AYER MOLEK 21 April - Jalan pintas baharu dianggarkan sejauh tiga kilometer (km) menghubungkan Tambak Paya dan Lebuh Alor Gajah-Melaka...
MELAKA REKOD 666 KES PENIPUAN DALAM TALIAN, KERUGIAN RM19.52 JUTA
REMBIA 21 April - Melaka merekodkan kerugian berjumlah RM19.52 juta yang melibatkan 666 kes penipuan dalam talian bagi tempoh 1...
AMENG SPRING BAKAL MERIAHKAN RUMAH TERBUKA AIDILFITRI DUN TABOH NANING
TABOH NANING 22 April - Penyanyi lelaki popular, Ameng Spring bakal memeriahkan lagi sambutan Rumah Terbuka Aidilfitri Dewan Undangan Negeri...