Kerani mangsa penipuan pelaburan rugi RM240,000
SIBU, 30 Disember – Seorang kerani sebuah syarikat di sini kerugian kira-kira RM240,000 selepas menjadi mangsa penipuan pelaburan wang dalam talian menerusi sebuah aplikasi.
Pesuruhjaya Polis Sarawak Datuk Mancha Ata berkata wanita berusia awal 50-an itu menerima mesej WhatsApp daripada suspek yang mempromosikan pelaburan saham itu melalui aplikasi ‘FTSE VIP’ pada penghujung November lepas.
Menurutnya suspek kemudian memberi penerangan mengenai pelaburan tersebut yang menawarkan keuntungan 200 hingga 350 peratus.
“Mangsa yang tertarik dengan pelaburan itu telah melakukan 15 transaksi pemindahan wang secara dalam talian berjumlah RM240,000 ke tiga akaun bank atas nama syarikat berlainan dari penghujung November hingga penghujung Disember.
“Mangsa hanya menyedari ditipu setelah tidak memperoleh apa-apa keuntungan daripada pelaburan seperti dijanjikan suspek, sebelum tampil membuat laporan pada 28 Dis lepas,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Mancha berkata kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan iaitu menipu yang membawa hukuman penjara maksimum 10 tahun dan boleh dikenakan sebat dan denda, jika sabit kesalahan.
— BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related
Berita Lain
BANGUNAN BAHARU SUNTIK SEMANGAT REJIMEN 514 ASKAR WATANIAH
AYER KEROH 12 Januari - Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh, hari ini, merasmikan Bangunan Baharu Pejabat Komander...
ASKAR WATANIAH PERKUKUH KESELAMATAN MELAKA
AYER KEROH 12 Januari - Seramai 1,196 anggota sukarela Rejimen 514 Askar Wataniah di Kem Bukit Beruang diraikan pada Majlis...
MELAKA SUMBANG LEBIH 2,000 TAN METRIK HASIL PERIKANAN
TANJUNG BIDARA 12 Januari - Melaka menyumbang 2,031.056 tan metrik hasil perikanan tangkapan dengan nilai RM50.1 juta sepanjang 2024. Ketua...
BINA BAHARU, BAIK PULIH 10 RUMAH NELAYAN MELAKA
KUALA LINGGI 12 Januari - Sebanyak 10 perumahan nelayan disasarkan akan dibina baharu dan dibaik pulih menerusi Projek Khas Perumahan...
MEMANCING PERCUMA TAMBAH KEMERIAHAN W.R.U.R KUALA LINGGI
KUALA LINGGI 12 Januari - Bukan sahaja dapat memancing secara percuma di Kolam Air Masin Telok Belanga dan membawa pulang...
3,000 ANAK POKOK KELAPA PERCUMA UNTUK ORANG MASJID TANAH
TANJUNG BIDARA 12 Januari - Riak wajah teruja dapat dilihat dalam kalangan masyarakat di sekitar Parlimen Masjid Tanah apabila menerima...