
Kerajaan tubuh Kumpulan Penasihat Anak Muda kepada Perdana Menteri
KUALA LUMPUR 15 Mei – Kerajaan akan menubuhkan Kumpulan Penasihat Anak Muda kepada Perdana Menteri seperti mana yang pernah dicadangkan Majlis Belia Malaysia dalam usaha memperkasa peranan belia di negara ini.
Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, ia kerana kerajaan sentiasa menyedari peranan belia terhadap hala tuju masa depan negara.
“Ini adalah insiatif yang baik supaya generasi belia di peringkat akar umbi dapat didengari dan seterusnya menyumbang kepada perancangan dasar kerajaan.
“Pada masa ini proses pemilihan calon sedang dimuktamadkan dan barisan anak muda yang terpilih untuk menganggotai kumpulan penasihat anak muda ini akan diumumkan dalam tempoh terdekat,” katanya.
Beliau berkata demikian dalam perutusan rasmi sempena Hari Belia Negara hari ini
Perdana Menteri turut berharap, melalui penubuhan kumpulan, ini lebih ramai anak muda iaitu golongan belia dapat terlibat secara langsung dalam merangka strategi pembangunan negara yang menyeluruh.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
LELAKI DIDAKWA BUNUH IBU DIARAH JALANI PEMERIKSAAN MENTAL
ALOR SETAR 9 Mac - Mahkamah Majistret di sini hari ini mengarahkan seorang lelaki yang dituduh membunuh ibunya baru-baru ini,...
PERHILITAN N.SEMBILAN SIASAT DAKWAAN DUA TAPIR BERKELIARAN DI TAMAN PERUMAHAN
SEREMBAN 9 Mac - Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Negeri Sembilan sedang memantau dan menyiasat dakwaan kemunculan...
DULU DIANGGAP ‘GILA’, KINI WANITA CONTOH
DUYONG 9 Mac - Siapa sangka atau menduga insan yang dahulunya fakir, dianggap 'gila' kerana sering ‘melepak’ di kaki lima...
DAK NOR KINI WANITA KEBANGGAAN NEGERI MELAKA
DUYONG 9 Mac - Nor Komariah Mohd Khalid lourdes Lio, 41, atau lebih popular dengan panggilan Dak Nor kini boleh...
LORI SEDANG DITUNDA TERBALIK DI PENDANG, LORONG PLUS ARAH SELATAN TERHALANG
ALOR SETAR 9 Mac - Trak tunda yang sedang menunda sebuah lori sarat muatan tomato terlibat dalam kemalangan di Kilometer...
BAZAR IKONIK MUDAH DIAKSES, PENUHI CITARASA PENGUNJUNG
BANDA HILIR 9 Mac - Bazar Ikonik Banda Hilir kini menjadi salah satu platform penting bagi mempamerkan dan mempromosikan produk...