
Kerajaan setuju benarkan pengeluaran khas KWSP RM10,000 – PM
KUALA LUMPUR 16 Mac – Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, hari ini mengumumkan kerajaan bersetuju membenarkan rakyat membuat pengeluaran khas wang Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) berjumlah RM10,000.
Katanya, kebenaran itu diberikan setelah mendengar dan mengkaji keluhan rakyat yang ada di antaranya masih terjejas ekoran pandemik COVID-19.
Beliau berkata, walaupun keputusan itu amat berat kerana ia melibatkan simpanan hari tua rakyat, namun ia dianggap jalan tengah untuk mengimbangkan keperluan mendesak hari ini dan masa depan.
“Walaupun kerajaan memberi kebenaran khas pengeluaran KWSP, namun saya merayu pencarum mengekalkan simpanan mereka kecuali jika keadaan benar-benar mendesak.
“Saya berharap pencarum membuat pertimbangan sewajarnya demi masa depan mereka,” katanya dalam satu pengumuman khas yang disiarkan secara langsung, hari ini.
Ismail Sabri berkata, maklumat lanjut mengenai pengeluaran khas itu akan dimaklumkan Menteri Kewangan dan KWSP.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
SITI NURHALIZA BAKAL ‘GEGAR’ RUMAH TERBUKA KETUA MENTERI MELAKA, MALAM INI
TANJUNG BIDARA 19 April - Penyanyi nombor satu negara, Dato' Sri Siti Nurhaliza menjadi antara tetamu jemputan yang bakal menyerikan...
KERAJAAN STABIL BAWA PULANGAN KEPADA RAKYAT
TANJUNG BIDARA 19 April - Kemeriahan suasana sambutan Rumah Terbuka Aidilfitri YAB Ketua Menteri Melaka di Villa d'Acqua Kampung Pulau,...
TPM HADIR RUMAH TERBUKA AIDILFITRI KETUA MENTERI MELAKA
TANJUNG BIDARA 19 April - Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Utama Dr. Ahmad Zahir Hamidi hadir ke Majlis Rumah Terbuka...
MAIM PERUNTUK LEBIH RM1 JUTA PERSEDIAAN RAMADAN, SYAWAL MUALAF MELAKA
KESIDANG 19 April - Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) telah memperuntukkan bantuan sejumlah lebih RM1 juta bagi persediaan Ramadan dan...
MELAKA TERIMA TAMBAHAN VAKSIN INFLUENZA
MACHAP JAYA 19 April - Kerajaan Negeri meneruskan program pemberian vaksin influenza secara percuma kepada warga emas di negeri ini...
MOU ANTARA AKCC, SK TUNSAS DAN UUMISM, PERKASA SUKAN GOLF MELAKA
AYER KEROH 19 April - Sebagai usaha untuk melahirkan lebih ramai pemain golf berkualiti dari Negeri Melaka, Ayer Keroh Country...