
Kerajaan sentiasa pastikan kebajikan warga ATM terbela – PM
KUALA LUMPUR 16 Sept. – Kerajaan sentiasa memastikan kebajikan warga Angkatan Tentera Malaysia (ATM) terbela dan disanjung atas khidmat bakti yang besar kepada negara, kata Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.
Menerusi hantaran di laman Facebook beliau bersempena Hari ATM ke-88 hari ini, Ismail Sabri berkata pengorbanan warga ATM selama ini amat besar dalam memastikan keselamatan rakyat dan kedaulatan tanah air terpelihara.
“Bukan sedikit dipertaruhkan demi negara, malah air mata, darah, keringat, hatta nyawa mereka sendiri.
Terima kasih kepada seluruh warga ATM atas pengorbanan yang tidak terhingga ini,” katanya.
Ismail Sabri berkata ATM juga sentiasa bersiap siaga menerusi pelaksanaan pelbagai eksesais yang bukan sahaja menguji ketahanan fizikal, taktikal, penggunaan aset, tetapi juga kesediaan mental para perwira ATM.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related

Berita Lain
92 MURID, PELAJAR BERENTAP PADA KEJOHANAN GOLF MSSNM
AYER KEROH 17 April - Seramai 92 peserta mewakili 41 buah sekolah rendah dan menengah berentap pada Kejohanan Golf Majlis...
HARGA TIKET ZOO MELAKA DITURUNKAN
AYER KEROH 17 April - Zoo Melaka menurunkan harga tiket ke taman haiwan itu sepanjang tahun ini. Yang Dipertua Majlis...
MENARA TAMING SARI KEKAL DINAMIK SELEPAS 17 TAHUN
BANDA HILIR 17 April - Selepas 17 tahun ditubuhkan reputasi Menara Taming Sari sebagai ikon pelancongan utama Melaka perlu dikekalkan...
TAMAN TEMA SALJI MERCU PELANCONGAN BAHARU MELAKA
AYER KEROH 17 April - Taman Tema Salji yang pertama di Malaysia kini beroperasi di Melaka, sekali gus menjadi satu...
TAHUN MELAWAT MELAKA 2.0 DILANCARKAN HUJUNG TAHUN INI
AYER KEROH 17 April - Kerajaan Negeri akan melancarkan Tahun Melawat Melaka (TMM) 2.0 pada 31 Disember depan, kata Ketua...
MAIM SEDIA SUMBANGAN UNTUK MUALAF MELAKA TUNAI HAJI
KESIDANG 17 April - Mualaf di Negeri Melaka yang terpilih menunaikan ibadah haji pada tahun ini dipelawa memohon Sumbangan Menunaikan...